Saturday, April 20, 2013

mana arahnya bakat ni nak ku tujukan

Salam semua

entah la.. bila pikir semua org ada masalah masing2 kan..

kisah anak cikda yang sulung ni, study rasanya takle boleh dibanggakan sangat mcm abahnya yg memang pandai (boleh la dikira pandai sebab dari sek men dapat biasiswa Shell dan sambung belajar di UK atas tajaan Petronas)

upsr - 3A 2B
pmr - 2A 4B 1C

tapi.. http://youtu.be/vtf9UT1uRgM (alamak..bole nampak ke nih..)

ini pun cikda ambik secara paksa dia lepas dgr dia main..cikda rakam walau ada salah key tapi cikda sangat bangga juga. Sebab nak suruh dia main yg takde salah akan membuatkan dia syak yg cikda nak publish kat kawan2 cikda.. 

Anip n Aisyah.. - penyayang la tu kunun


anip main keyboard ni by heart je. dia lom reti sangat baca note.  cikda kesan bakat dia pandai main keyboard ni pun dah lambat.. 

kalau ikutkan, cikda memang nak pupuk minat dan bakat dia dalam bidang muzik ni.. tapi abahnya la.. sangat tak setuju.. dia tak nak anip lupa belajar kalau bermain muzik ni..

tapi bila dipujuk2 husband cikda dah setuju sikit la bila dengar anip memang boleh main keyboard dengan baik..

abang sulung husband cikda jugak pandai main muzik. dia pernah main violin dalam konsert unplug Search dalam tahun 1996 dulu.. kat istana budaya. (eh istana budaya ke..tak sure la.. tapi kompom time SEARCH unplug tu)

baru2 ni cikda ada belikan anip violin. kat sekolah anip ada okestra. dah ramai yang main keyboard tapi violin masih ada kosong..dek kerana nak anip masuk team okestra tu cikda beli la violin tu.. huhu.. (giler tak giler la maknya kan..)

Sebab anip pernah cakap "mak.. anip rasa anip dah lambat la mak.. semua kawan2 anip dari kecik dah pandai main keyboard..violin, gitar.. anip dah umur 16 tahun baru nak main..."

selalu cikda terdengar dia ckp dengan hannah.."hannah pergi la belajar apa2 yang hannah pandai masa kecik2 ni.. nanti dah tua mcm anip dah rugi.."

patut ke dipupuk minat dan bakat anip nih..?? 
 
Pelawak dalam keluarga..ada je bahan nak buat lawak. Ini gaya org lapar jajan.. katanya..

22 comments:

  1. Alahai anakanda Anip, 16 thn tu belum terlambat, kalau lambat tu yg dah 30-40 tahun. Itu pun masih ramai yg baru nak mula tau dan boleh berjaya. So... fikirkan demi masa depan ye nak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eemm tula yg dia selalu rasa kot sebab tgk kawan2 dia dah advance jauh.. agaknya cikda ni tak support dia kot.. emm entah la..

      Delete
  2. masih muda lagi tu, msh pjg jalannyer... daoakan saje anak2 kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya allah KA, doa memang penguat kita .. mudah2an berjaya dunia akhirat anak2 kita KA

      Delete
  3. DAh besor upanya anak Cikda..Alhamdulillah..

    JM ni nak dpt pasangan sorang pun susah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. jodoh cikda cepat la JM, umur 22 dah gatai nak kawen.. 23 dah dapat anip tu..

      takpe.. Allah tahu yang terbaik untuk kita JM. Cikda doakan JM akan ditemukan dengan yang terbaik nanti. Amin

      Delete
  4. memang ada bakat tu...tak salah kalau akak support dia :) rugi kalau bakat disia-siakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Liza,
      hehe..bakat tu ada la sikit2 cuma tulah bak kata anip dia dah terlambat nak masuk dalam bidang muzik tu. nak compare dgn org lain yang dari kecik dah terror main..dia memang jauh ketinggalan.

      Delete
  5. Salam kenal kembali Cikda. Menambah ilmu tak pernah lewat. Cuba yakinkan dia, dia sebenarnya tak pernah terlewat. Yang penting ada minat dan kesungguhan. Maaflah, saya tak boleh tengok youtube di office. Tapi kalau boleh main by heart, Insya Allah mudah untuk dia belajar guna note nanti.

    P/S : Boleh tak tolong disablekan verification code untuk komen nie nanti..?

    Susah sikit reader dan follower nak komen kalau ada verification code nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aziela,

      tula yg cikda nak yakinkan dia.. tapi kadang2 cikda pun terasa yang cikda ni la tak reti nak didik anak.. :(
      mudah2an.. kita sama2 doakan dia ye.. cikda harap bila anip joint team okestra sekolah dia nanti dapat la dia kembangkan bakat dia ni.

      ooo..ok.ok.. terima kasih sangat sebab bgtau pasal verification tu. almaklum le cikda budak baru belajar.. kalau salah cikda sedia kena jolok.. :)

      Delete
  6. Makchaq pun rasa Anip boleh berjaya dalam bidang ni.... minat dan bakat tu tinggi.. baru ja main dah pandai main macam2 lagu... jealous dengar dia main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq..

      kalau tak kawan cikda yang bagi keybord pada anip tu dulu memang cikda tak tau bakat anip tu. bertuah sungguh cikda dapat kawan macam tu kan..:)

      mudah2an la anip berjaya dalam bidang ni makchaq.. cikda doakan yang terbaik buat anip.

      Delete
  7. wahh dh hensem anak sulung mak cikda ni yee.,mesti dh ramai awek keliling pinggang nii.,Ihikks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahah.. lawak la wak ni.

      urmm dia mmg kuat nyakat, kalau kawan Hannah nak tumpang keta cikda balik dari sekolah, nampak anip ada.. terus pusing tak mo tumpang.. apa taknya abis disakatnya kawan si hannah tu.. (x tau la tu ke antara faktor petuanya..wakaka)

      pastu selalu pulak tunjuk bakat dia main piano kat sekolah sampai dikenali nama "abang piano".. hurmm entahla..

      Delete
  8. Muzik bagus jugak boleh develop bahagian otak dia yg kreatip tu. Takpa la klau dia minat....
    Budak lelaki mmg mcm tu.....bijak tp suka nk main2....lama2 terserlah la kebolehan dia tu
    Cik da doakan bnyk2 ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak saniah,

      terima kasih sudi berkongsi pandangan, Cikda ni selalu rasa bersalah kat anip tu pasal masa dia membesar cikda gi sambung belajar. Balik kelas dah malam kul 10-11 pm.. dah penat tak sempat nak tanya kerja rumah siap ke.. faham ke tak apa yg dia belajar kat sekolah..hurmm.. :(

      hannah pun selalu kata anip tu pandai mak.. tapi sangat malas buka buku.. huhu.. tu la punca husband cikda marah x bagi dia main music.

      Delete
  9. dah ado anak teruno pon dio...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sambil tunduk malu kaki kuis2 tanah...

      Delete
  10. sy rasa...kalau dia betul2 berbakat dan ada minat yg sangat2 mendalam..mmg patut diteruskan. bkn calang2 org bleh main alat muzik tanpa tahu baca note muzik.

    sbnrnya, husband sy mmg gila muzik...kat umah pun 1 bilik dia buat mini studio.dia pnh cerita,lps SPM dlu dia nk smbung bidang muzik..tp mak die tolak mentah2...mak die kata xda masa dpn...kesannya, dia langsung takmo smbung bljr kat mana2 dah.

    anak sulung akak bertuah sgt dpt sokongan dr mak. sy pun ada kisah jgk, tp komen ni pun dah panjang...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi munn..

      terima kasih sebab sudi beri pandangan. cikda hargai sesangat.

      sebelum bersalin tukan.. apakata buat n3 pasal minat hubby tu..plsss.. cikda nak sgt tau.. sebab anip ni pun bila dia suruh belajar sekejap je fokusnya tu..lebihnya dia ketuk sana ketuk sini..

      meh kita kongsi cerita meh.. :)

      Delete
  11. Salam..

    Sebenarnya, elok juga bagi perhatian kepada bidang seni, macam melukis/main alat muzik...sebabnya, ia akan balance kan otak kiri dan otak kanan kita...Otak yg seimbang ialah otak yang hebat..
    Kita dah selalu menggalakkan anak2 kita supaya seimbang akademik dgn sukan..dan tiba masanya, bidang seni pun kena diberi perhatian..

    Tapi kalau ikut saya, saya mmg takde bakat main alat muzik...hahaha...main rekoder pun failed! Wife saya pula mmg berbakat main piano, berbakat melukis...saya harap anak anak saya dpt lah bakat emaknya nanti, Insya Allah...;P

    ReplyDelete
  12. salam DZ,

    terima kasih atas pandangan ni. cikda sangat berterima kasih. boleh cikda berkongsi semua pendapat dengan suami cikda. cikda pun setuju dgn DZ biarla seimbang antara akedemik dan seni tu.. layan emosi.. cikda lihat ramai yang pandai akedemik tapi keyakinan berinteraksi sangat kurang. tu yg tak boleh pergi jauh.

    yelah dulu2 org marah kalau maw carik ahli muzik buat suami.. pantang datuk nenek..akekke..

    wahh.. pada cikda kalau org pandai main piano ni memang special la. muzik yg ringan kan boleh hilangkan stress..

    cikda doakan wife DZ selamat dan mudah bersalin. Amin.. :) (mesti tak sabar tunggu kedatangan org baru kan...)

    ReplyDelete