Thursday, April 18, 2013

pertama kali..

salam semua..

sabtu lepas Aisyah tetiba demam.. tak kebah2 sampai ke malam.. selalunya bila bagi pcm dia dah ok. tapi kali ni tak kebah2.. 

mlm nya terus ke klinik Annur kat presint 15 tu. Klinik ni memang sangat ok dan dah biasa dgn doktor kat situ. mlm tu Dr Hasnah. wlaupun doktor ni bukan owner klinik ni tapi cikda puji betul doktor ni.. teliti dia check pesakit dia.
bila bgtau asiyah demam n ada tumbuh bintik2.. terus dia check kaki tangan badan aisyah.

Mulut Aisyah pun dah mula merah dan dia tak mo susu.. makan lagi la dia nangis..
demam + ngamuk = muka takmo senyum
tapi alhamdulillah doktor kata bukan denggi.. bukan campak.. lega dah.. 

Hari Isnin cikda terpaksa EL. Aisyah masih demam. Selasa Paktip bgtau dia boleh cuti n cikda plak bole kerja. Tetiba dah dekat lnch Paktip ada hal pulak nak keluar sekejap..(maybe di sinillah hikmahnya..) terpaksa hantar Aisyah ke nursery sekejap. Cikda balik tgahri n ambik Aisyah sebab risau dia masih demam.

Pengasuh nursery tu bgtau dah ada budak umur 1tahun 8 bulan yg kena HFMD tapi masih hantar ke nursery. Emm.. mngkin parents budak tu ada masalah cuti kot.. terus cikda ambik aisyah n emel kat boss minta cuti seminggu. Alhamdulillah.. boss terus approve.. TQ Boss..!!!
lepas makan ubat terus ZZzz... 

Pegi lagi ke klinik, doktor kata kena pantau. memang dah ada tanda2 merah keluar tapi sikit la kat kaki n tangan. Skang Aisyah dah tak demam. kat pelipat siku Aisyah merah2. cikda sapu drapolene supaya tak melarat..


Cikda ni bukan apa.. dah le lama takde baby, ini le 1st time baby kena suspect HFMD.. minta dijauhkan la la.. sebab Aisyah dah mula nak menyusu walaupun masih tak mo makan..

10 comments:

  1. Salam cikda, keian kt aisyah ye. HMFD tu penyakit kaki dan mulut coz ada anak member pun dhbkena dlm mggu ni jgk

    Semoga aisyah cepat sembuh yer aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam JM,

      tu la dlm nk besarkan anak2 ni byk benda baru kita tahu or tempuh..

      Alhamdulillah Aisyah dah ok hari ni.. :)
      terima kasih atas doa mu.. cikda sangat menghargainya..

      Delete
  2. Tak kiralah Cikda samada lama menunggu anak baru dapat atau yg menikah tak lama dapat baby tetap bila anak tak sihat hati jadi gundah tak terkata. Kakak ni walau anak dah remaja tapi bila dia tak sihat kakak pun tak senang.

    Ikutlah nasihat doktor moga Aisyah cepat sembuh. Usaha dan doa gandingkan sama. Tengok dia tidur macam sihat sebab pipi gebus dia tu cutelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak zakie,

      memang kak.. time budak2 ni sakit rasa mcm serba tak kena..
      aritu nak jugak ambik maid bila pikir rasa mcm dah tak larat nak urus rumah..tapi hubby tak mau.. dah serik katanya.. kak zakie pun ada pengalaman pasal maid ni kan..

      tula doktor soh pantau takut jadi kaki tgn mulut. Alhamdulillah bukan. hanya demam panas hingga keluar ruam yg agak teruk..syukur semua tu dah kurang sekarang.

      Delete
  3. ala sianyer, moga anak cepat sembuhyer cikda !

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah KA.. alhamdulillah berkat doa semua Aisyah dah sembuh. Lega banyak cikda

      Delete
  4. Alhamdulillah Aisyah dah ok.. tak pe la tak nak makan kalau dah boleh menyusu dah lega la kan..

    Geram tengok pipi gebu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makchaq.. agaknya dgn menyusu tu la dia cepat recover demam tu. Sebab time panas cikda bagi susu, kurang terus suhu panas badan dia.

      geram memang geram kak.. hilang segala penat main dgn budak butak ni..

      Delete
  5. Alah ciannya. Anak anak akak ni sumenye baru recover. Maunye x risau kalau anak anak x sihat. Silap arbulan kita pun x sihat jdnya dok
    Pikirkan diaorg je. Apa apa pun moga aisyah crpat sembuh ye.

    ReplyDelete
  6. emm kan.. mmg kalau baby x sihat, hati kita rasa tak tentu arah

    ReplyDelete