salam semua,
pernah dengar tak pasal Tasbih Fatimah?
Baru2 nih cikda berkongsi cerita dengan teman-teman lama masa belajar dulu.. maka keluarlah cerita diri keluarga masing-masing. ada yang dah berkeluarga ada yang masih single, ada yang dah berkeluarga jadi single balik, yang menambah cawangan pun ada jugak.. rezeki masing-masing kan.. :)
dalam pada syok bercerita tu adalah sorang kawan lama cikda nih berkongsi rahsia pasal Tasbih Fatimah. tasbih nih katanya diberi oleh nabi kita Nabi Muhammad SAW kepada anaknya Fatimah R.A selepas Fatimah mengeluh penat buat kerja2 rumah. Zaman dulu lagi la kerja rumah semua guna tulang 4 kerat. angkat air, cuci lantai, basuh baju, masak..dll.
Senang je dan sangat dekat dengan kita sebenarnya tasbih/zikir ini. Diamalkan sebelum tidur :-
Subhanallah - 33 kali
Alhamdulillah - 33 kali
Allahuakbar - 33 kali
Rasullullah SAW pesan lagi, ini adalah lebih baik dari seorang pembantu. Zikir ini akan memberi kita tenaga dan mudah2an akan hilang segala penat lelah pada siangnya.
Sebelum ni Cikda tiap2 malam cuma baca Bismillah 21x, Alfatihah dan 3 Kul, kadang2 tak sempat habis dah Zzzzzz.. punya la leka dan lalai kan..?? Pastu tau pulak mengeluh penat la..tak cukup masa la.. ngantuk la kat tempat kerja..
malam berikutnya cikda cuba la Tasbih/zikir tersebut.. memang magic. Esoknya sebelum subuh dah terjaga. Otak fresh, mood happy je.. kat office pun tak de ngantuk..
Korang tak percaya?? cubalah.. malam ni try ..
Selamat Beramal Sebelum Tidur ..
Moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. :)
ps: jgn sebelum cukup 33 kali korang dan zzzzz juga ye.. :)
tapi takpe..at least kita dah cuba yang terbaik.. ye tak?
TQ for sharing cik da...fatimah tuh nama anak dara ai gak..Fatimah Az-Zahrah..hehehe...
ReplyDeleteOh..yang ini ke di katakan tasbih fatimah..JM hanya amalkan selepas solat waktu je..pastu sblm tdur JM amalkan seperti Cik Da cakap tu..mmg betul bangun pagi sebelum subuh tapi tak mengantuk...
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info bermanfaat ni..leh kita amalkan sama..selamat beramal :-)
Makchaq baca lepas sembahyang.. nak kena buat sebelum tiduq la pulak....
ReplyDeleteSaya memang amalkan baca subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar 33 kali sebelum tidur, cuma tak tau pula ia dinamakan tasbih Fatimah. Saya amalkannya bagi mengelakkan tidur malam diganggu mimpi2 tidak elok...Cuma masalahnya, kadang2 belum habis 33 kali baca, mata dah belayar entah ke mana....
ReplyDeleteOke. Nak cuba la mlm ni, insyaAllah ;)
ReplyDeleteNak amalkan lah. Tq cikda atas perkingsian ni.
ReplyDeleteTQ sharing ilmu ni..InsyaAllah boleh kita amalkan sama2...:)
ReplyDeletepernah dengar dulu..tapi tak amalkan dah.. nak kena amalkan ni.. tq cikda!
ReplyDeleteYe tasbih ini dinamakan sempena nama saidatina fatimah anakanda baginda rasulullah. Boleh juga dibaca sekali harung subhanallah-walhamdulillah- walailahaillallah... allhuakbar ulang-ulang sedaya termampu tak kiralah sewaktu hendak tidur atau zikir harian selepas solat 5 waktu.
ReplyDeleteIn Shaa Allah akan diamalkan selalu, tq berkongsi yer
ReplyDeleteTQ Cikda atas tazkirah ini..
ReplyDeleteSaya selalu lalai..kekadang teros lelap aja sebab ngantuk sangat..
hihihi
tqs cikda... terkadang terlelap sebelum sepatutnya...
ReplyDeleteBgaus ni, nanti nak cuba. esok ada kekuatan insyallah.
ReplyDeleteBagus ni, nanti nak cuba. esok ada kekuatan insyallah.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info. Nanti kak Zai nak cuba.
ReplyDeletemmg amalkan tasbih ni setiap kali tidur... Alhamdulillah... moga jadi amalan sampai bila2.
ReplyDeleteTqvm cikda, saya amalkan. Terima kasih dan lupa pulak salam kenal.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejom singgah blog saya. saya orang baharu dalam dunia blog ini. sempena pembukaan blog saya. pelbagai hadiah menarik saya sediakan. siapa cepat dia dapat. cepat sebelum terlambat www.detikilham.blogspot.com
thank you for sharing sis...boleh saya amalkan sebelum tidur :)
ReplyDeleteslm singgah jgk hari ni... moga semuanyer ok yer
ReplyDeleteassalam cikda...apa khabar....
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletePerkongsian yang bagus suka sesangat. Entry yang memberi ilmu, dan sentiasa bermanfaat..
mselim3