Thursday, April 25, 2013

Apaa.??? menang Kereta???

salam semua..

hari ni kan gaji.. apa lagi sibuk la bayo bil sana bil sini..utang kredit kad sila lunaskan dulu ye .. 

tapi bukan tu yg cikda nk cerita..hehhe..  masa tgh drive balik dari bayo bil tu tadi cikda nampak 2-3 keta idaman kalbu lalu depan mata. berhenti sebelah kat traficc light pun mata duk jeling je..
wahai keta..naper la mengancam sangat..?

tgh termenung pikir pasal keta tu cikda terberangan sekejap..bestnya kalau aku menang keta..kan.. hahahahah.keta mcm guilietta ni pun oke..(chewahh .. angan2 tak hengat..)


gambar ni diambil masa Paktir servis AR 159 dia...

eh jangan tak tau abang cikda tahun 2009 penah menang kereta Alfa Romeo 159 dari Petronas.. apa namanya.. Hot Car Cool Cash 2

..amboiii..sengih sampai ke tinga..

bukan main lagi.. sampai terbongkok2 gigil gembira dia ye.. 


 Abang cikda ..Paktir yg baju merah tu..

inilah keretanya..



cikda tumpang gembira dan tumpang naik je la.. pernah jugak drive keta ni sekali.

angan..angan.. eh mana tau jadi kenyataann.. cikda menang keta jugakkan.. bak kata Paktir.. usaha-doa-tawakkal.. bab ni cikda garu kepala la sebab Mesra Kad pun selalu hilang ntah ke mana.. 

Mulai dari hari ini cikda nak tanam azam.. nak menang keta jugak..!!


Saturday, April 20, 2013

mana arahnya bakat ni nak ku tujukan

Salam semua

entah la.. bila pikir semua org ada masalah masing2 kan..

kisah anak cikda yang sulung ni, study rasanya takle boleh dibanggakan sangat mcm abahnya yg memang pandai (boleh la dikira pandai sebab dari sek men dapat biasiswa Shell dan sambung belajar di UK atas tajaan Petronas)

upsr - 3A 2B
pmr - 2A 4B 1C

tapi.. http://youtu.be/vtf9UT1uRgM (alamak..bole nampak ke nih..)

ini pun cikda ambik secara paksa dia lepas dgr dia main..cikda rakam walau ada salah key tapi cikda sangat bangga juga. Sebab nak suruh dia main yg takde salah akan membuatkan dia syak yg cikda nak publish kat kawan2 cikda.. 

Anip n Aisyah.. - penyayang la tu kunun


anip main keyboard ni by heart je. dia lom reti sangat baca note.  cikda kesan bakat dia pandai main keyboard ni pun dah lambat.. 

kalau ikutkan, cikda memang nak pupuk minat dan bakat dia dalam bidang muzik ni.. tapi abahnya la.. sangat tak setuju.. dia tak nak anip lupa belajar kalau bermain muzik ni..

tapi bila dipujuk2 husband cikda dah setuju sikit la bila dengar anip memang boleh main keyboard dengan baik..

abang sulung husband cikda jugak pandai main muzik. dia pernah main violin dalam konsert unplug Search dalam tahun 1996 dulu.. kat istana budaya. (eh istana budaya ke..tak sure la.. tapi kompom time SEARCH unplug tu)

baru2 ni cikda ada belikan anip violin. kat sekolah anip ada okestra. dah ramai yang main keyboard tapi violin masih ada kosong..dek kerana nak anip masuk team okestra tu cikda beli la violin tu.. huhu.. (giler tak giler la maknya kan..)

Sebab anip pernah cakap "mak.. anip rasa anip dah lambat la mak.. semua kawan2 anip dari kecik dah pandai main keyboard..violin, gitar.. anip dah umur 16 tahun baru nak main..."

selalu cikda terdengar dia ckp dengan hannah.."hannah pergi la belajar apa2 yang hannah pandai masa kecik2 ni.. nanti dah tua mcm anip dah rugi.."

patut ke dipupuk minat dan bakat anip nih..?? 
 
Pelawak dalam keluarga..ada je bahan nak buat lawak. Ini gaya org lapar jajan.. katanya..

Thursday, April 18, 2013

pertama kali..

salam semua..

sabtu lepas Aisyah tetiba demam.. tak kebah2 sampai ke malam.. selalunya bila bagi pcm dia dah ok. tapi kali ni tak kebah2.. 

mlm nya terus ke klinik Annur kat presint 15 tu. Klinik ni memang sangat ok dan dah biasa dgn doktor kat situ. mlm tu Dr Hasnah. wlaupun doktor ni bukan owner klinik ni tapi cikda puji betul doktor ni.. teliti dia check pesakit dia.
bila bgtau asiyah demam n ada tumbuh bintik2.. terus dia check kaki tangan badan aisyah.

Mulut Aisyah pun dah mula merah dan dia tak mo susu.. makan lagi la dia nangis..
demam + ngamuk = muka takmo senyum
tapi alhamdulillah doktor kata bukan denggi.. bukan campak.. lega dah.. 

Hari Isnin cikda terpaksa EL. Aisyah masih demam. Selasa Paktip bgtau dia boleh cuti n cikda plak bole kerja. Tetiba dah dekat lnch Paktip ada hal pulak nak keluar sekejap..(maybe di sinillah hikmahnya..) terpaksa hantar Aisyah ke nursery sekejap. Cikda balik tgahri n ambik Aisyah sebab risau dia masih demam.

Pengasuh nursery tu bgtau dah ada budak umur 1tahun 8 bulan yg kena HFMD tapi masih hantar ke nursery. Emm.. mngkin parents budak tu ada masalah cuti kot.. terus cikda ambik aisyah n emel kat boss minta cuti seminggu. Alhamdulillah.. boss terus approve.. TQ Boss..!!!
lepas makan ubat terus ZZzz... 

Pegi lagi ke klinik, doktor kata kena pantau. memang dah ada tanda2 merah keluar tapi sikit la kat kaki n tangan. Skang Aisyah dah tak demam. kat pelipat siku Aisyah merah2. cikda sapu drapolene supaya tak melarat..


Cikda ni bukan apa.. dah le lama takde baby, ini le 1st time baby kena suspect HFMD.. minta dijauhkan la la.. sebab Aisyah dah mula nak menyusu walaupun masih tak mo makan..

Thursday, April 11, 2013

Barisan UMNO ke Barisan PAS?

hehehe.. baca tajuk pun cikda dah tersenyum sendiri..

begini kisahnya..

semalam masa cikda ambik Hannah balik dari sekolah, masuk je kereta..

Hannah : Mak..mak sokong Barisan UMNO ke Barisan PAS?
Mak: hehehe.. mana ada barisan umno barisan PAS?? yang ada Barisan Nasional.. bla..bla.. PKR.. PAS dlm PKR..bla..bla.. mengundi.. kena pangkah..bla..bla.. Undi Mak Rahsia.. 

Hannah: ala.. dgn anak pun x boleh bgtau eh..? Hannah boleh undi tak mak? 
Mak : lom boleh.. umur 21 nanti. 

Hannah: mak .. boleh tak kita masa undi tu pangkah 2-2? PAS ke.. BN ke.. semua la kita pangkah..
Mak: Boleh..

Hannah ; o..oke..kalau kita pangkah semua jadi apa pulak mak?
Mak : UNDI ROSAK.. heheheh
Hannah.. dia ni pendiam, tapi sekali bercakap.. :)

ingatkan kisah tu abis kat situ..

rupanya masa makan tadi Hannah ada lagi cerita ..

Hannah: Mak, ingat tak semalam Hannah tanya mak sokong Barisan mana?
Mak.. ha.. kenapa?

Hannah : kat sekolah, kawan Hannah semlm tanya mak dgn abah Hannah sokong barisan mana? Mana la hannah tau.. sebab tu hannah tanya mak.. Dia ckp mak dgn abah dia selalu gaduh sebab sorang sokong UMNO sorang sokong PAS. Hannah bgtau mak dgn abah x pernah pulak gaduh..pastu tadi.. Hannah bgtau la dgn dia..soh dia ckp dgn mak dgn abah dia.. Jangan gaduh2.. Mak kita cakap boleh je pangkah semua...
Mak : hah?? tepuk dahi.. (aduhai..anak aku ni..) haha.. takpe la hannah..mudah2an mak dgn abah dia tak gaduh lagi..