Thursday, October 31, 2013

bukan mimpi tapi pasti..

eh.. macam kelakar je tajuk n3 ni.. hahaha (gelak sendiri..)

cikda teruja nak mengorder cheese tart dari Seri Kandi Tanah Jauhar Seri Kandi akibat dari kemengencesan yang tak boleh dibendung apabila melihat gambar dari n3 Kak Zakie .. (kalau tak caya.. sila la tengok.. peghhhhh..!!!)

maka.. cikda pi msg la nombor yang tertera tu kan..walau pun tau dah delivery hanya di sekitar JB. Bila dapat reply msg.. terus bermunge-munge hati ku.. pastu datang pulak idea nak bagi surprise kat kakak ipar cikda (Kak Long). Along cikda kerja sekitar JB so maybe ini lah peluangnya..

maka seterusnya..  pesanan pun dibuat dan temujanji pun dimeterai..

maka lagi.. hasilnya...
 tiba-tiba cikda dapat message dari LINE along cikda .. wahhhhhh...!!! 

dan lagi...




amboi..sakan pulak along cikda nak mengenceskan cikda pulak.. 

alhamdulillah.. walaupun order cikda ni tak le seberapa sangat pada SK kerana kuantiti yg ciput, tapi kesan hasil buatan kasih sayang yg diberi.. ini lah yang cikda dapat.. tiit..tiit (bunyi msg masukk)

" i ve tasted the cookies ok delicious tmakasih ya.. kalau tak ingat high cholesterol habis k long mkn..."


msg ni dari kak long cikda.. wahh.. bermunge-munge lagi perasaan cikda ..hehehhehe..syukur dapat berkongsi rasa sedap ni dgn along sefamily.

Along cikda jugak bagi rasa kat member office dia.. semua kata sedap..n terus call.. (tak tahu la dia org order terus ke.. or just nak tanya dulu.. ) hehhehehe..

apapun.. memang ini la keistimewaan persahabatan di alam maya ni kan.. bak kata kak zakie tu.. 

Along cikda tanya siapa ni.. cikda kata kawan di alam maya .. bahahaha.. (ketawa ikut pesen uncle gedek) - mahap uncle.. macam tersuka pulak trademark uncle gelak.. bahahhahaha.. dan.. yang paling pelik..apa kena mengena uncle dalam topik cikda kali ni... bahaha..

ok.. next projek .. jeng..jeng...

cikda nak order pulak dari sahabat maya cikda yang boleh delivery sekitar putrajaya. dah ada dalam senarai... tungguuuuu....!!!

tapi.. bukan le nak anto kat rumah sahabat maya cikda sekitar putrajaya pulak.. hantar rumah cikda la.. bahahaha.. (siap buat disclaimer siap2..) 

ok.. dah.. babai..
 

Friday, October 25, 2013

kisah lembu, kuda, monyet, biri-biri dan harimau..




Salam semua,

haa..akhirnya cikda berjaya jugak buat n3.  Ada satu n3 cikda hitam vs putih jugak ilang terus dari pandangan mata.. tak dpt nk jejak sudah..seddeeh!!

Takpelah..jgn stress-stress.. meh kita main games susun-susun binatang nak..??

Tajuk di atas adalah berkaitan dgn cerita pengurusan stress diri kita. Cikda dapat sikit ilmu ni masa kursus tempoh hari.. ada la sikit catatan dibuat. kalau salah tu nasib la ek.. ini yg ikut catatan cikda buat ..hahaha

Sila susun binatang2 tersebut mengikut apa yg kita suka..

cth:
1.harimau
2.kuda
3.monyet
4.biri-biri
5.lembu

Tu contoh la.. jgn ikut sama pulak.. contoh tu pun ikut cikda punya urutan kesukaan.

meh sini cikda yg pakar motibasi pengurusan stress ni nk buat penilaian..chewaahhh.

selalu KPI ambil masa 14 hari bekerja..kita buat 7 hari nak..??
HARIMAU
punca stress adalah diri anda sendiri.. anda terlalu nk tiptop..sendiri letak KPi tinggi-tinggi, sendiri tak boleh capai.. sendiri la jugak stress. ha.. nampak.. dgn kelam kabut nak buat kerja (eh ni cikda tambah - cikgu takde bgtau pun,,) dalam kelam kabut nak hasil yang tip top.. ko boleh???




kuda ku lari gagah berani...

KUDA
punca stress anda adalah keluarga anda dan yang hilangkan stressnya pun adalah keluarga anda juga. Anda maybe seorang yang sangat bertanggungjawap pada family so KPI kat family ni lebih..




MONYET
macam mana nih.. duit dah licin aku shopping kat sogo nih..









unca stress anda adalah $$$ RM RM .. anda stress kalau takde duit. suka berbelanja. Tak mampu bayar hutang kredit kad - stress la kan.. hahaha (tu
contoh..)

 




emmbekk.. eh kawan..jgn tingalkan daku..huhuu..


BIRI-BIRI
punca stress anda adalah perhubungan (relationship). Anda suka berkawan tapi maybe tak pandai nak berkawan OR jika timbul persengketaan dlm sesuatu hubungan anda akan jadi stress.. 








Aduhh.. adalagi tanah yg belum dibajak..
LEMBU
punca stress anda adalah kerja. Anda digambarkan sangat taat dan kuat bekerja. Bebanan tugas akan menyebabkan anda stress.Risau kalau kerja tak siap.. bla..bla.. kerja..bla..bla.. kerja..



Ada juga pertanyaan kenapa or apa kena mengena binatang ni dengan pulak menjadi kayu pengukur stress tu.. Jawapannya: binatang2 tu melambangkan karektor berkaitan.. (eh betul ke.. hahah.. gasaklah..) tak penting pun jawapannya.. dah nama pun games kan.. apa nak kisah ..)

ok dah.. babai dah jagna stress-stress..

selamat berhujung minggu.. 



Friday, October 18, 2013

rezeki di tangan tuhan

Salam Jumaat semua,

cikda dah lama tak update blog, banyak jugak yg masuk draft aje. 

cikda nak kongsi cerita kisah di Aidil Adha tahun ini.

Kisah teman sepejabat cikda yang tak dapat mengerjakan haji. Pada mulanya beliau memang tak menaruh harapan yang tinggi cuma panjatkan doa agar dapat menjadi tetamu Allah tahun ini.

2 minggu sebelum tarikh penerbangan terakhir beliau dapat berita dari agen beliau mengatakan nama beliau dan suami antara yang dapat pergi menggunakan kuota menteri. cikda tumpang gembira dan bersyukur. cikda tak pernah pergi jadi cikda tak le tau sangat cara org nak pergi ni. 

Hujung September cikda dah diarahkan untuk menanggung kerja teman cikda tu - M (bukan nama sebenar) okay lah memandangkan M telah bercuti maka cikda gagah dan terpaksa jugakla menggagahkan diri untuk selesaikan kerja2 M yang belum siap. 

Penerbangan M dijangka pada 4 Oktober 2013. tup-tup awal pagi 7 Oktober, cikda dapat call dari M. cikda ingat.. M ni mesti tersalah tekan handphone. Cikda tak angkat.. masa on d way to office dapat lagi sekali panggilan dari M. cikda try angkat, rupanya M call nak minta kunci biliknya. M punya flight postpone 8 Oktober kerana masalah visa. M terpaksa datang office kerana tiada cuti lagi.. Cikda dah berdebar dah time ni.. kesian M..

Dalam pada tu cikda call Datin A minta pandangan sebab dia dah pernah pergi Haji. Cikda ni mana le tau.. Datin A terus call M. (cer pejam mata.. bayangkan Datin A pok pek pok pek bagi nasihat ala2 pekerja tabung haji bagi taklimat..) hehehehe...
bayangkan Datin A nasihatkan M

sampai office, kami (cikda n Datin A la saper lagi...) terus ke bilik M.. tanya la dari A to Z.. apa sebenarmya yang berlaku.. rupanya M belum ada no KT, maktab, bla.bla... n pengesahan dari Tabung Haji pun.. dalam hati cikda terdetik..ntah2 kena tipu kot.. 

tapi cikda cepat2 istighfar.. rezeki di tangan Allah. pusing kot mana pun, Allah izinkan maka terjadilah sesuatu perkara tu..

Datin A nasihatkan M, call TH terus dan semak nama ada/tidak. jawapannya memang TIADA.Akhirnya.. last flight pada 9.10.2013, nama M dan suami memang takde pun dalam flight terakhir tu.

sedey kan.. geram jugak cikda dengan agen tu, tapi yelah. kita manusia hanya mampu merancang..

Dalam sedih-sedih tu, cikda sebenarnya rasa lega jugak..sebabnya cikda tak payah tanggung kerja M.. (kerja cikda ujung2 tahun ni memang litang pukang, kalau tambah dgn kerja M.. memang terlentang cikda..)

Bila direnung dan dikenang, semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. kita ni manusia lemah yang tak tahu apa perancangan yang Allah dah tentukan untuk kita. hanya dengan berfikir cara itu, kita akan rasa sentiasa bersyukur.

okla babai. 

Selamat berhujung minggu..