Friday, October 18, 2013

rezeki di tangan tuhan

Salam Jumaat semua,

cikda dah lama tak update blog, banyak jugak yg masuk draft aje. 

cikda nak kongsi cerita kisah di Aidil Adha tahun ini.

Kisah teman sepejabat cikda yang tak dapat mengerjakan haji. Pada mulanya beliau memang tak menaruh harapan yang tinggi cuma panjatkan doa agar dapat menjadi tetamu Allah tahun ini.

2 minggu sebelum tarikh penerbangan terakhir beliau dapat berita dari agen beliau mengatakan nama beliau dan suami antara yang dapat pergi menggunakan kuota menteri. cikda tumpang gembira dan bersyukur. cikda tak pernah pergi jadi cikda tak le tau sangat cara org nak pergi ni. 

Hujung September cikda dah diarahkan untuk menanggung kerja teman cikda tu - M (bukan nama sebenar) okay lah memandangkan M telah bercuti maka cikda gagah dan terpaksa jugakla menggagahkan diri untuk selesaikan kerja2 M yang belum siap. 

Penerbangan M dijangka pada 4 Oktober 2013. tup-tup awal pagi 7 Oktober, cikda dapat call dari M. cikda ingat.. M ni mesti tersalah tekan handphone. Cikda tak angkat.. masa on d way to office dapat lagi sekali panggilan dari M. cikda try angkat, rupanya M call nak minta kunci biliknya. M punya flight postpone 8 Oktober kerana masalah visa. M terpaksa datang office kerana tiada cuti lagi.. Cikda dah berdebar dah time ni.. kesian M..

Dalam pada tu cikda call Datin A minta pandangan sebab dia dah pernah pergi Haji. Cikda ni mana le tau.. Datin A terus call M. (cer pejam mata.. bayangkan Datin A pok pek pok pek bagi nasihat ala2 pekerja tabung haji bagi taklimat..) hehehehe...
bayangkan Datin A nasihatkan M

sampai office, kami (cikda n Datin A la saper lagi...) terus ke bilik M.. tanya la dari A to Z.. apa sebenarmya yang berlaku.. rupanya M belum ada no KT, maktab, bla.bla... n pengesahan dari Tabung Haji pun.. dalam hati cikda terdetik..ntah2 kena tipu kot.. 

tapi cikda cepat2 istighfar.. rezeki di tangan Allah. pusing kot mana pun, Allah izinkan maka terjadilah sesuatu perkara tu..

Datin A nasihatkan M, call TH terus dan semak nama ada/tidak. jawapannya memang TIADA.Akhirnya.. last flight pada 9.10.2013, nama M dan suami memang takde pun dalam flight terakhir tu.

sedey kan.. geram jugak cikda dengan agen tu, tapi yelah. kita manusia hanya mampu merancang..

Dalam sedih-sedih tu, cikda sebenarnya rasa lega jugak..sebabnya cikda tak payah tanggung kerja M.. (kerja cikda ujung2 tahun ni memang litang pukang, kalau tambah dgn kerja M.. memang terlentang cikda..)

Bila direnung dan dikenang, semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. kita ni manusia lemah yang tak tahu apa perancangan yang Allah dah tentukan untuk kita. hanya dengan berfikir cara itu, kita akan rasa sentiasa bersyukur.

okla babai. 

Selamat berhujung minggu.. 



 

30 comments:

  1. Kun fayakun...bila Allah kata jadi maka jadilah. Bila Dia tak kata jadi, maka tak akan jadi apa-apa biar kita berikhtiar separuh mati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul JR cikda ni memang takut nak cakap pasal rezeki haji nih.
      kita ni makhluk..yg berkuasa hanya Dia.. :)

      Delete
  2. InsyaAllah moga kawan cikda, M dapat pergi nanti. btw, saya pertama kali kat sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam eira,
      cikda pun doakan M dapat rezeki tahun depan..amin..

      cikda pun dah follow.. :)

      Delete
  3. Betul tu.nanti insyallah ada rezeki kawan akak. Cuba lagi untuk tahun akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM, cikda doakan M dapat pergi tahun depan.. mudah2an..

      Delete
  4. Satu yg kena pastikan setiap agen yg kita nak daftar pastikan ia adalah agen berdafter dgn TH. Sebab semua visa adalah atas TH yg uruskan. Kadang agen memang dah bersungguh tapi tak dapat itu yg jadi masalah. Macam masa kakak umrah bulan Mac lepas ada yg dah kat airport tau Cikda... kesian tapi alkisahnya mereka tak ada visa... balik dgn juraian airmata.

    Kalau pergi dgn agen inilah risikonya. Kakak dulu jadi jemaah muassasah dapat info sebulan sebelum pergi haji, lebih mudah.

    Moga kawan Cikda itu diberi kesabaran tinggi dan hajat tercapai tahun depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zakie, cikda pun belajar jugak dari pengalama M ni. cikda memang tak tahu langsung cara dan kaedah nak jadi tetamu Allah nih.. ingatkan bila kata dapat pergi tu memang compom dapat..
      yelah, M dah buat kenduri beberapa hari sebelum jadual yg pertama tu.. tup2.. ada lagi.. tak ke pelik jiran2 nya menanya.. (tu yg dia cerita kat cikda la)
      insyaallah..cikda pun doakan M dapat pergi tahun depan..

      Delete
  5. Loh..kenapa blej jadi mcm tu...ishh..bahaya betul kalau pegi ngan agen ni kan..lebih baik direct ngan tabung haji dan dptkan dulu pengesahan dari tabung haji berkenaan agen2 skrg ni...sbb byk agen tak melalui tabung haji..tumpang sedih dgn maslah kwn Cik Da tu...mgkin bukan rezeki dia lagi la tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikda pun tak tahu.. bila dengar berita ni baru tahu.. maybe ada hikmahnya JM..
      JM je yg asik jalan sanan sini ye.. hehhehe.. saya suka..saya suka... hehhehee

      Delete
  6. begitulah kdg2 bila yg dirancang kesampaian & maaf lambat terjah balik, kebusyan dgn kerja & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe KA, cikda paham.. speedy recovery adik.. huhuhu..
      cikda memang selalu terjah blog KA

      Delete
  7. maaf mak nk tmbh psl citer g haji ni, tadi wak x sempat nk baca..ehhee
    bebenornye ada kawan wak nih dh lama apply nk g haji, patut leh pegi 2017 nih, tp minta rayuan nk g ikut pakej tp last minit pon x dpt., masa raya wak ada jumpe kawan wak ni kt kampong xde citer pon psl haji ni., tup tup pas raya dia dan isteri dpt jugak g sbb guna orang dalam ghituu.,ikut muasasah lagiik., uhUUuuu, alhamdulillah rejeki untuknye.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la wak.. rezeki ni bukan boleh dicakap.. kadang tak termimpi pun tapi dapat pergi tahun tu..
      alhamdulillah kan..

      Delete
  8. Lama tak singgah sini...:)

    Bab gi haji ni itulah kalau belum rezeki memang tak akan sampai kita ke sana. Suami pun sama 3 kali dah buat rayuan kali ni dapat tp dpt pi sorg ja dia pulak tanggungkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak JA, muah kiri muah kanan.. hehehhe cikda ni memang lama tak bukak blog.
      tq sudi lagi singgah blog cikda ni..
      yelah kak JA.. kata org tu kalau bukan rezeki dah samapai ke mulut pun boleh jatuh.. tak pe kak.. yang penting kita usaha. Moga rezeki akak dan suami akan sampai jua untuk ke Mekah tahun hadapan..amin3...

      Delete
  9. mungkin belum ada rezeki jadi tetamu Allah SWT..xpe, cuba lagi tahun depan..insyaallah..kalau ada rezeki tu tak ke mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah dee yg cute.. xiojie.. hehhehe teruja nk tunggu review dee balik beijing.. woott woottt...

      Delete
  10. kesian kat dia.. hmm belum sampai rezekinya ke sana tapi hati tentu sedih.
    salam dari saya yg baru pertama kali singgah ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mak buyung sudi singgah dah terjah blog cikda nih.. kisah M yg boleh kita jadikan panduan. kalau tak cikda sampai la nih tak tahu caranya..

      ok cikda pun dah follow.. :)

      Delete
  11. Memang haji tu jemputan Allah kan.. tapi bila orang dah kata boleh/dapat mesti la kita teruja dan sangat berharap kan... semoga kawan M dapat mengerjakan haji dalam masa terdekat..
    CikDa jugak la untung tak payah tambah kerja... kalau tak mesti macam lipas kudung...& kerja sambil cakap sorang2 he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah makchaq, cikda pun terbayang kalau cikda kena tanggung kerja M, mesti tak boleh berblog..lagi parah kalau kena cakap sorang2 tu lah..

      apapun cikda doakan jugak rezeki M tu tahun depan, tapi biarlah kawan cikda Datin A tu yg tanggung kerja M..hehhehe

      Delete
  12. Kalau ada rezki InsyaAllah tahun2 depan adalah tu...

    ReplyDelete
  13. kenalan saya pun cikda. lagilah..dah siap semua. buat kenduri sudah. saudara mara berkumpul di rumah nak hantar. tunggu bas nak ambil bawa p kl. dari sejam, sejam ditangguh. last sekali confirm, tak dapat visa. nak kata apa..sabar dan redha sajalah. haji itu hak Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak anim.. bila dah buat kendiri bagai.. rasa mana nak letak muka kan.. tapi tulah.. haji ni atas emputan Allah.. kita hanya mampu merancang.

      psstt: cikda dah baca dah kisah 2nd abdul yg ada kawan misteri tu.. huhuhu.. seremmmm

      Delete
  14. alahai kesian M... apa pun Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya... In sha Allah ada rezeki yang lebih baik pada tahun2 akan dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nora, cikda pegang pada kun faya kun.. redha dan sabar, mudah2an ada rezeki di tahun hadapan

      Delete