Monday, November 25, 2013

Tasbih Fatimah

salam semua,

pernah dengar tak pasal Tasbih Fatimah?

Baru2 nih cikda berkongsi cerita dengan teman-teman lama masa belajar dulu.. maka keluarlah cerita diri keluarga masing-masing. ada yang dah berkeluarga ada yang masih single, ada yang dah berkeluarga jadi single balik, yang menambah cawangan pun ada jugak.. rezeki masing-masing kan.. :) 

dalam pada syok bercerita tu adalah sorang kawan lama cikda nih berkongsi rahsia pasal Tasbih Fatimah. tasbih nih katanya diberi oleh nabi kita Nabi Muhammad SAW kepada anaknya Fatimah R.A selepas Fatimah mengeluh penat buat kerja2 rumah. Zaman dulu lagi la kerja rumah semua guna tulang 4 kerat. angkat air,  cuci lantai, basuh baju, masak..dll.

Senang je dan sangat dekat dengan kita sebenarnya tasbih/zikir ini. Diamalkan sebelum tidur :-

Subhanallah - 33 kali
Alhamdulillah - 33 kali
Allahuakbar - 33 kali

Rasullullah SAW pesan lagi,  ini adalah lebih baik dari seorang pembantu. Zikir ini akan memberi kita tenaga dan mudah2an akan hilang segala penat lelah pada siangnya.

Sebelum ni Cikda tiap2 malam cuma baca Bismillah 21x, Alfatihah dan 3 Kul, kadang2 tak sempat habis dah Zzzzzz.. punya la leka dan lalai kan..?? Pastu tau pulak mengeluh penat la..tak cukup masa la.. ngantuk la kat tempat kerja.. 

malam berikutnya cikda cuba la Tasbih/zikir tersebut.. memang magic. Esoknya sebelum subuh dah terjaga. Otak fresh, mood happy je.. kat office pun tak de ngantuk.. 

Korang tak percaya?? cubalah.. malam ni try ..

Selamat Beramal Sebelum Tidur ..

Moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. :)

ps: jgn sebelum cukup 33 kali korang dan zzzzz juga ye.. :)
tapi takpe..at least kita dah cuba yang terbaik.. ye tak?



Tuesday, November 19, 2013

Selamat sudah.. berkhatan ..

salam semua,

pheww... lega rasa hati bila Ayis dah selamat berkhatan Sabtu lalu..(16/11/2013).



BERPOSING .. sebelum..
 

paling meriah sebab buat di Masjid besi Putrajaya di bawah anjuran JAKIM dengan kerjasama Hospital Putrajaya dan Jabatan Bomba Putrajaya. Yuran cuma RM60.

Kaedah - laser .. ala-ala buzz light year gitu.. hahaha..
 
acara yang di nanti ..

SEJUK.. bagi kecut.. kih3..


oleh kerana cikda lambat buat pendaftaran.. dapat la nombor 125 dari 150 peserta.. punya la lama nunggu.. nasib baik ayis tak ubah fikiran.. puas dah dia berlari.. main tab.. main kat playground masjid, makan .. punya banyak dan berselera.. kuih karipap 5 ketul.. nasi + ayam kari .. + jajan .. hurmm tak de maknanya la dia nak takut..

BERPOSING .. selepas

akhirnya.. ALHAMDULILLAH ..

LEGA