Monday, June 28, 2021

Hello! Hai! Salam!

MasyaAllah.. lama giler tak menaip..ada dekat 7 tahun kot?? Aisyah pun dah 9 tahun dah..  terkesima tgk blog sendiri.. haha.

Apa cerita korang semua? 

Covid-19 = PKP PKPB PKPP PKPD.. huiii berat. Apa pun cikda doakan semuanya bertabah dan dapat teruskan kelangsungan hidup seharian. InsyaAllah. 

Cikda hari ni ada free sikit tapi sebab WFH, takde la boleh bergerak ke mana2. Jadi jari ni lah yg bergerak. mula2 nak carik info pasal orang yg review produk skincare (hihi jgn la gelak, kita pun nak lawa jugak)

Cikda noticed sejak WFH memang cikda tak jaga langsung routine penjagaan wajah. Yelah, keluar pun pakai mask, apa nak kisah kan.. tapi bila sendiri tgk muka dalam cermin rasa nak nanges.. baiklah bertindak sebelum parah.

Cikda jalan2 la ke blog2 yg ada review produk2 yg mampu milik.  Mula2 tu mintak anep dgn hannah g Alamanda belikan Clinique kat Parkson, rupanya tutup. So terpaksa lah kena beli online, ha bermula detik itu lah cikda tersinggah satu2 blog yg buat unpaid review utk skincare.

Nantilah Cikda story pasal skincare yg sangkut dan dah kusambar.. 😆😆😆 

Sekarang ni pelan2 nak jalan2 ke blog2 yg pernah satu ketika dulu hinggap dalam hidup cikda.. cheewah!!

lama betul tak berblog.. ada lagi ke yg masih menulis zaman cobid nih?

Salam sayang dari cikda. 💖



Tuesday, September 2, 2014

Allah duga Allah sayang

salam semua,

lum terlambat cikda nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat kita semua warganegara Malaysia. Dalam kita menyambut merdeka nih, cikda terkenang dugaan Malaysia sepanjang tahun 2014 ni walaupun 2014 lom pergi meninggalkan kita tapi dah macam2 warna dan sejarah dan terukir bagi Malaysia.

tahun 2014 ni memang tahun dugaan bagi Malaysia. yelah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

cikda juga nak ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa MH370 yang masih hilang dan MH17 yang telah pergi buat selama-lamanya.

Cuti Merdeka cikda ambil kesempatan balik kampung kebetulan ada majlis kenduri kahwin saudara sebelah suami cikda.

Semalam cikda ke Shah Alam rumah adik ipar cikda yang baru kehilangan cahaya mata ke4 sejurus selepas melahirkan. Adik ipar cikda ni sebaya umurnya dengan cikda, tapi dia lebih pandai dan berjaya dari cikda. (bukan cemburu tapi tumpang gembira dengan kejayaan adik ipar cikda nih.)  Cikda juga tak le rapat sangat dengan adik ipar cikda yang seorang nih. dia memang seorang yang pendiam..tapi tula.. diam-diam dia berisi.. cikda ni ibarat tin kosong la pulak.. tong tang ting tang.. habuk pun tarak...Cikda sebenarnya kagum dengan ketabahan adik ipar cikda nih menghadapi dugaan. Dia sefamily nampak cool je tapi cikda tau dalam hati dia dan masa2 sunyi dia pasti dia rasa sedih.

Cikda terkilan sedikit sebab Cikda tak ambil kesempatan berbual lama dengan adik ipar cikda ni. Sebab cikda percaya walau sependiam mana orang itu, seperahsia mana seorang itu adakalanya dia juga perlu berbual2 tak kira berbual tajuk apa pun, lagi la sekali sekala jumpa kan..

ntah.. sebenarnya Cikda takut adik ipar cikda rasa terganggu dan tak suka ditanya soalan2 standard yang biasa terpacul bila berjumpa.. lagi pulak sebelum nih kami memang jarang berbual.. (sebab apa ye.. err.. dia memang pendiam.. hahhaha.. tu le alasannya. lagi pulak memang jarang berjumpa) lain la kalau adik beradik sendiri yang memang tak de segan apa pun nak kongsi masalah, rasa sedih dan sebagainya.. kannn???? kalau adik beradik sendiri tak berkongsi masalah tu .. lain pulak bunyiknya.

cuma cikda harap adik ipar cikda tu tau cikda tumpang bersedih dengan ujiannya itu. Anak yang diambil Allah tu akan menjadi pembela ibunya untuk masuk syurga tanpa hisap. Alangkah bertuahnya kan.. ujian Allah pasti ada hikmah yang kita tak tahu.

sekali lagi cikda pesan.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.




Monday, August 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR DAN BATIN

Salam semua,

wah..ini kali memang betul2 minta maaf zahir dan batin. Punya lama tak masuk blog. Punca bukan sebab stress.. punca sebab faktor umur (maaf cik umur awak jadik kambing hitam..) cikda lupa password la.. alih2 hari ni try boleh pulak.. alhamdulillah

di kesempatan ini cikda mohon maaf zahir dan batin sungguh2 dari hujung rambut hingga ke hujung kaki mohon kemaafan dari semua kawan-kaawan maya cikda yang tak pernah kita bersua. almaklum cikda ni pemalu orang nyer.. (hahhahaha)

Subhanallah.. memang ajaib kuasa keikhlasan persahabatan yg terjalin dalam rantaian blog nih kan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI CIKDA SEKELUARGA

Monday, November 25, 2013

Tasbih Fatimah

salam semua,

pernah dengar tak pasal Tasbih Fatimah?

Baru2 nih cikda berkongsi cerita dengan teman-teman lama masa belajar dulu.. maka keluarlah cerita diri keluarga masing-masing. ada yang dah berkeluarga ada yang masih single, ada yang dah berkeluarga jadi single balik, yang menambah cawangan pun ada jugak.. rezeki masing-masing kan.. :) 

dalam pada syok bercerita tu adalah sorang kawan lama cikda nih berkongsi rahsia pasal Tasbih Fatimah. tasbih nih katanya diberi oleh nabi kita Nabi Muhammad SAW kepada anaknya Fatimah R.A selepas Fatimah mengeluh penat buat kerja2 rumah. Zaman dulu lagi la kerja rumah semua guna tulang 4 kerat. angkat air,  cuci lantai, basuh baju, masak..dll.

Senang je dan sangat dekat dengan kita sebenarnya tasbih/zikir ini. Diamalkan sebelum tidur :-

Subhanallah - 33 kali
Alhamdulillah - 33 kali
Allahuakbar - 33 kali

Rasullullah SAW pesan lagi,  ini adalah lebih baik dari seorang pembantu. Zikir ini akan memberi kita tenaga dan mudah2an akan hilang segala penat lelah pada siangnya.

Sebelum ni Cikda tiap2 malam cuma baca Bismillah 21x, Alfatihah dan 3 Kul, kadang2 tak sempat habis dah Zzzzzz.. punya la leka dan lalai kan..?? Pastu tau pulak mengeluh penat la..tak cukup masa la.. ngantuk la kat tempat kerja.. 

malam berikutnya cikda cuba la Tasbih/zikir tersebut.. memang magic. Esoknya sebelum subuh dah terjaga. Otak fresh, mood happy je.. kat office pun tak de ngantuk.. 

Korang tak percaya?? cubalah.. malam ni try ..

Selamat Beramal Sebelum Tidur ..

Moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. :)

ps: jgn sebelum cukup 33 kali korang dan zzzzz juga ye.. :)
tapi takpe..at least kita dah cuba yang terbaik.. ye tak?



Tuesday, November 19, 2013

Selamat sudah.. berkhatan ..

salam semua,

pheww... lega rasa hati bila Ayis dah selamat berkhatan Sabtu lalu..(16/11/2013).



BERPOSING .. sebelum..
 

paling meriah sebab buat di Masjid besi Putrajaya di bawah anjuran JAKIM dengan kerjasama Hospital Putrajaya dan Jabatan Bomba Putrajaya. Yuran cuma RM60.

Kaedah - laser .. ala-ala buzz light year gitu.. hahaha..
 
acara yang di nanti ..

SEJUK.. bagi kecut.. kih3..


oleh kerana cikda lambat buat pendaftaran.. dapat la nombor 125 dari 150 peserta.. punya la lama nunggu.. nasib baik ayis tak ubah fikiran.. puas dah dia berlari.. main tab.. main kat playground masjid, makan .. punya banyak dan berselera.. kuih karipap 5 ketul.. nasi + ayam kari .. + jajan .. hurmm tak de maknanya la dia nak takut..

BERPOSING .. selepas

akhirnya.. ALHAMDULILLAH ..

LEGA

Thursday, October 31, 2013

bukan mimpi tapi pasti..

eh.. macam kelakar je tajuk n3 ni.. hahaha (gelak sendiri..)

cikda teruja nak mengorder cheese tart dari Seri Kandi Tanah Jauhar Seri Kandi akibat dari kemengencesan yang tak boleh dibendung apabila melihat gambar dari n3 Kak Zakie .. (kalau tak caya.. sila la tengok.. peghhhhh..!!!)

maka.. cikda pi msg la nombor yang tertera tu kan..walau pun tau dah delivery hanya di sekitar JB. Bila dapat reply msg.. terus bermunge-munge hati ku.. pastu datang pulak idea nak bagi surprise kat kakak ipar cikda (Kak Long). Along cikda kerja sekitar JB so maybe ini lah peluangnya..

maka seterusnya..  pesanan pun dibuat dan temujanji pun dimeterai..

maka lagi.. hasilnya...
 tiba-tiba cikda dapat message dari LINE along cikda .. wahhhhhh...!!! 

dan lagi...




amboi..sakan pulak along cikda nak mengenceskan cikda pulak.. 

alhamdulillah.. walaupun order cikda ni tak le seberapa sangat pada SK kerana kuantiti yg ciput, tapi kesan hasil buatan kasih sayang yg diberi.. ini lah yang cikda dapat.. tiit..tiit (bunyi msg masukk)

" i ve tasted the cookies ok delicious tmakasih ya.. kalau tak ingat high cholesterol habis k long mkn..."


msg ni dari kak long cikda.. wahh.. bermunge-munge lagi perasaan cikda ..hehehhehe..syukur dapat berkongsi rasa sedap ni dgn along sefamily.

Along cikda jugak bagi rasa kat member office dia.. semua kata sedap..n terus call.. (tak tahu la dia org order terus ke.. or just nak tanya dulu.. ) hehhehehe..

apapun.. memang ini la keistimewaan persahabatan di alam maya ni kan.. bak kata kak zakie tu.. 

Along cikda tanya siapa ni.. cikda kata kawan di alam maya .. bahahaha.. (ketawa ikut pesen uncle gedek) - mahap uncle.. macam tersuka pulak trademark uncle gelak.. bahahhahaha.. dan.. yang paling pelik..apa kena mengena uncle dalam topik cikda kali ni... bahaha..

ok.. next projek .. jeng..jeng...

cikda nak order pulak dari sahabat maya cikda yang boleh delivery sekitar putrajaya. dah ada dalam senarai... tungguuuuu....!!!

tapi.. bukan le nak anto kat rumah sahabat maya cikda sekitar putrajaya pulak.. hantar rumah cikda la.. bahahaha.. (siap buat disclaimer siap2..) 

ok.. dah.. babai..
 

Friday, October 25, 2013

kisah lembu, kuda, monyet, biri-biri dan harimau..




Salam semua,

haa..akhirnya cikda berjaya jugak buat n3.  Ada satu n3 cikda hitam vs putih jugak ilang terus dari pandangan mata.. tak dpt nk jejak sudah..seddeeh!!

Takpelah..jgn stress-stress.. meh kita main games susun-susun binatang nak..??

Tajuk di atas adalah berkaitan dgn cerita pengurusan stress diri kita. Cikda dapat sikit ilmu ni masa kursus tempoh hari.. ada la sikit catatan dibuat. kalau salah tu nasib la ek.. ini yg ikut catatan cikda buat ..hahaha

Sila susun binatang2 tersebut mengikut apa yg kita suka..

cth:
1.harimau
2.kuda
3.monyet
4.biri-biri
5.lembu

Tu contoh la.. jgn ikut sama pulak.. contoh tu pun ikut cikda punya urutan kesukaan.

meh sini cikda yg pakar motibasi pengurusan stress ni nk buat penilaian..chewaahhh.

selalu KPI ambil masa 14 hari bekerja..kita buat 7 hari nak..??
HARIMAU
punca stress adalah diri anda sendiri.. anda terlalu nk tiptop..sendiri letak KPi tinggi-tinggi, sendiri tak boleh capai.. sendiri la jugak stress. ha.. nampak.. dgn kelam kabut nak buat kerja (eh ni cikda tambah - cikgu takde bgtau pun,,) dalam kelam kabut nak hasil yang tip top.. ko boleh???




kuda ku lari gagah berani...

KUDA
punca stress anda adalah keluarga anda dan yang hilangkan stressnya pun adalah keluarga anda juga. Anda maybe seorang yang sangat bertanggungjawap pada family so KPI kat family ni lebih..




MONYET
macam mana nih.. duit dah licin aku shopping kat sogo nih..









unca stress anda adalah $$$ RM RM .. anda stress kalau takde duit. suka berbelanja. Tak mampu bayar hutang kredit kad - stress la kan.. hahaha (tu
contoh..)

 




emmbekk.. eh kawan..jgn tingalkan daku..huhuu..


BIRI-BIRI
punca stress anda adalah perhubungan (relationship). Anda suka berkawan tapi maybe tak pandai nak berkawan OR jika timbul persengketaan dlm sesuatu hubungan anda akan jadi stress.. 








Aduhh.. adalagi tanah yg belum dibajak..
LEMBU
punca stress anda adalah kerja. Anda digambarkan sangat taat dan kuat bekerja. Bebanan tugas akan menyebabkan anda stress.Risau kalau kerja tak siap.. bla..bla.. kerja..bla..bla.. kerja..



Ada juga pertanyaan kenapa or apa kena mengena binatang ni dengan pulak menjadi kayu pengukur stress tu.. Jawapannya: binatang2 tu melambangkan karektor berkaitan.. (eh betul ke.. hahah.. gasaklah..) tak penting pun jawapannya.. dah nama pun games kan.. apa nak kisah ..)

ok dah.. babai dah jagna stress-stress..

selamat berhujung minggu..