Tuesday, May 7, 2013

ada satu cerita..




salam semua..

ada satu kisah yang cikda nak kongsikan di sini. Cerita ni ramai yang dah tau atau dah pernah dengar. Cerita dari mulut ke mulut biasalah dah macam2 versi.. ha...ini versi cikda..


Kisah di mana seorang raja dan pembantunya. Pembantu raja tu selalu nasihatkan raja tu kalau ada apa2 yang berlaku tak kira baik atau buruk "semua yang berlaku ada hikmahNya". 



Raja ni suka pergi berburu.. selalu dibawanya pembantu ini ikut bersama. Pada satu hari dalam perjalanan pulang dari berburu mereka berhenti rehat dan pada masa tu raja terpotong jarinya sehingga putus ketika hendak memotong buah. Sedang raja kesakitan tu, pembantu raja tu berkata "sabarlah tuanku, semua yang berlaku ada hikmahNya" .. Murka pulak raja tu tak boleh terima nasihat pembantunya. Iyelah agaknya dia pikir apa la hikmahnya jari dah kontot sikit kan..
pedih tak terperi kalau jari terhiris apatah lagi kalau terpotong terus..adehh...
 (gambar dari pakcik google)





penjara..!!!!
ihsan pakcik google lagi..
Apa lagi..bila dah marah murka tu maka raja pun kasi penjara la sama itu pembantu.. isk..isk.. lagi dia datang tgk pembantu dalam penjara, lagi tanya.."hah..sekarang kamu dah dalam penjara..apa rasa..??" pembantu tu pun tetap kata "takpe..semua yang berlaku ada hikmahNya". Dalam hati raja tu kata lagi. apa lah hikmahnya kena penjara..

Raja pergi lagi berburu, kali pergi sorang2 la pulak kan.. dah pembantunya kena penjara.. Jalan punya jalan..sesat.. sampai la satu tempat kena tangkap pulak dgn org yg percaya dengan dewa2. Ditangkapnya raja tu dan dijadikan korban untuk dewa mereka.. tiba time nak korban tu, bila diperiksa tubuh badan raja tu.. "ooo.. manusia ini cacat, jarinya kontot.. maka tidak boleh dijadikan korban untuk persembahan dewa kita" kata mereka.. (bole buat suara doremon atau giant)

maka dilepaskanlah raja itu. Balik ke istana, terus raja mencari pembantunya yang dipenjarakan tadi dan membebaskan pembantunya itu. Betullah kata pembantunya..jari yang kontot pun ada hikmah yang kita tak tahu apa disebaliknya. Tapi terpikir pulak sang raja tu apa pulak hikmah kena penjara.. maka pembantu tu pun jawap la .."kalau saya tidak dipenjarakan, tentu saya akan ikut tuanku berburu. Kita tertangkap, maka sayalah yang akan jadi korban untuk dewa tu.."

ha..nampak tak.. ?? 

Yakin dan percayalah .. semua yang berlaku ada hikmahNya. buruk baik nya kita tak tahu apa akan berlaku. 

Cerita ni selalu cikda ingatkan pada diri sendiri dan anak2 cikda kalau dia orang rasa down sangat2.. yelah jadi mak kan kena banyak dgr masalah anak2 sendiri. Ini jela modal cikda .. hihihi

ok babai.. moga ceria hari ini.. :)

35 comments:

  1. oh..
    cerita ini mengubat hati saya yang mandom akibat keputusan pilihanraya terubat..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. memang tujuannya pun nak menghiburkan mana2 hati yang lara.. ;)

      Delete
  2. nice story.. KA suka !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs KA, cikda pun suka sebab tu asik jadi modal bercerita.. hahaha

      Delete
  3. Kakak memang dah dengar cerita ini. Baru-baru ini di radio IKIM ustaz yg bagi tazkiran pagi pun cerita tentang ini. Apa yg terjadi memang ada hikmahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. lagi satu moral of d story kena bersabar atas setiap dugaan..

      Delete
  4. 1st time saya dengar cerita ni...endingnya, ada juga unsur lawak, kalau tak , habis si pembantu kena gulai! hahaha...

    Betul, setiap yg terjadi, bukanlah sia sia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kan.. kalu x abis dah pembantu tu pulak kena..

      sama2 kita ambik iktibar..

      Delete
  5. Pertama kali saya dengar cerita ini dari buku BILA ALLAH MENDUGA KITA. Memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. bagus FA 4 d info. memang menarik cerita ni..dah ada ditulis pun dalam buku.. hehehe.. tapi ini veri cikda la.. sebab cikda pun dgr cerita ini dari satu ceramah..tak ingat bila dan siapa ustaz tu..tapi intipati ceritanya tetap sama kan.. :)

      Delete
  6. betul tu cikda, kena percaya dan yakin, Allah tahu segalanya,

    dah cuba buat suara doreamon tapi tak jadi yg jadi tetap suara sendiri heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. cer buat suara inspektor gadget (versi melayu) plak.. kekekekke

      Delete
  7. Kalau semua org percaya apa yg berlaku ada hikmahnya, amanlah dunia ini. Masalahnya manusia cenderung utk menyalah pihak lain bila dia ditimpa musibah, tak pernah mahu muhasabah diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula realiti hidup. kita bole berusaha untuk berubah..berdoa yg terbaik..yg penting kita mula dari rumah. at least kita dikelilingi dgn org2 yg bersyukur, sabar dan tabah.. gabungkan aura positif dan bawa keluar rumah.. :)

      Delete
  8. Salam Cikda..

    Calit skit...suka jugak masuk blog cikda ni..sowi aa lambat skit.Lama dah nak masuk blog Cikda..tapi jalan jamm aa kat kelana jaya tu..blackout plak tu..bila ada letrik laa..salah masuk blog...:P

    CikDa..kata anak buah saya yg kat UK tu gini ;-

    Constantinople tidak dibuka dengan satu dua percubaan. Menunggu beratus-ratus tahun utk berjaya dibuka oleh sebaik-baik pemimpin, bersama sebaik-baik tenteranya. InsyaAllah ada hikmahnya di sebalik penangguhan masa dan waktuNya. Hanya Allah yg Maha Mengetahui rahsiaNya:)

    Kata2 ni buat saya tenang selepas terima result calit kaler biru kat jawi telunjuk tu..yg kononnnya tahan 7 haritu....balik ngundi basuh ikan dgn lipau nipis dah ilangg daa itu kaler daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..Allah knows Best.. :)
      mmg tak tercapai dek akal apa2 yg akal berlaku kini dengan masa depan.. kita selalu pikir ikut logik akal saja..

      kisah dakwat tu, pada cikda tak kisah le tahan ke tidak hingga 7 hari, yg penting kesan dakwat tu tujuannya nak elak org undi 2 kali. kalau memang niat org tu nak mengundi 2 kali memang akan ada usaha bersungguh dan gigih la untuk bersihkan jari tu dan beratur panjang 2 atau 3 kali.. (dalam hal ni, cikda rasa sangat tak perlu la tuntutan Bersih untuk gunakan dakwat kekal tu..)

      Delete
  9. Singgah dtg jgk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. baik.. tq singgah, ada sawang dah ehh..???

      Delete
  10. Mcm cerita penduduk kg tu..

    Bagus cerita ni utk mengingatkn kita, sume hal pasti ada hikmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm..cepat atau lambat semua bakal kita ketahui.. sebab tu ada dialog.. "nasib baik aku tertinggal bas tu tadi.. kalau x tak dapat la terserempak dgn ko ni.." (ini kes nak perayat awek..) hihihi takde la.. (gurau oke)
      "eh nasib baik tadi aku sakit perut kena buang air dulu..kalau x mesti aku x perasan aku tak pakai spenda ..." hahahah (ada ke gitu..)

      Delete
  11. JM tak pernah dgr dan baca kidah ni..baguslah penuh pengajaran..mmg betuulah setiap yg berlaku ada Hikmah di sebaliknya dan Allah lebih maha mengetahui :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukur cikda dpt kongsi kisah ini JM. Mana yg elok kita jadi kan teladan. hehehe..cikda ni tak pandai sangat nak bercerita, janji paham suda..

      Delete
  12. singgah tgk kalau2 ada n3 baru hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha..cikda terbz la plak sejak dua menjak ni.. hanya sempat bw je..adehh

      Delete
  13. pasti ada hikmahnya..
    betul2.. itulah yang saya alami ketika ini..


    psstt: char kuey teow

    msg kat alamat emel ni..

    aizamia3@yahoo.com
    aizamia28@gmail.com
    FB: aizamia mmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..tq.. cikda dah add FB dah..amboi.. sedapnya tgk char kuet teow tu..nyum..nyum..

      Delete
  14. Replies
    1. tq tq.. sudi singgah. nanti cikda g rumah ain pulak ye.. sediaka nasi beriyani tau... ;)

      Delete
  15. salam cikda..terima kasih sudi singgah blog akak ye

    ReplyDelete
  16. jlan2 ptg2 ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah.. akan ku gagahkan juga jari ini untuk menaip.. :)

      Delete
  17. assalam,

    salam ukhuwah dari bunda

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bunda, terima kasih sudi singgah.. cikda ni rajin menjengket je kerja ke rumah orang..hehehe.. rumah sendiri bersawang..

      Delete
  18. okay cikda akan tour ke blog wisata nanti ye..

    ReplyDelete