Monday, November 25, 2013

Tasbih Fatimah

salam semua,

pernah dengar tak pasal Tasbih Fatimah?

Baru2 nih cikda berkongsi cerita dengan teman-teman lama masa belajar dulu.. maka keluarlah cerita diri keluarga masing-masing. ada yang dah berkeluarga ada yang masih single, ada yang dah berkeluarga jadi single balik, yang menambah cawangan pun ada jugak.. rezeki masing-masing kan.. :) 

dalam pada syok bercerita tu adalah sorang kawan lama cikda nih berkongsi rahsia pasal Tasbih Fatimah. tasbih nih katanya diberi oleh nabi kita Nabi Muhammad SAW kepada anaknya Fatimah R.A selepas Fatimah mengeluh penat buat kerja2 rumah. Zaman dulu lagi la kerja rumah semua guna tulang 4 kerat. angkat air,  cuci lantai, basuh baju, masak..dll.

Senang je dan sangat dekat dengan kita sebenarnya tasbih/zikir ini. Diamalkan sebelum tidur :-

Subhanallah - 33 kali
Alhamdulillah - 33 kali
Allahuakbar - 33 kali

Rasullullah SAW pesan lagi,  ini adalah lebih baik dari seorang pembantu. Zikir ini akan memberi kita tenaga dan mudah2an akan hilang segala penat lelah pada siangnya.

Sebelum ni Cikda tiap2 malam cuma baca Bismillah 21x, Alfatihah dan 3 Kul, kadang2 tak sempat habis dah Zzzzzz.. punya la leka dan lalai kan..?? Pastu tau pulak mengeluh penat la..tak cukup masa la.. ngantuk la kat tempat kerja.. 

malam berikutnya cikda cuba la Tasbih/zikir tersebut.. memang magic. Esoknya sebelum subuh dah terjaga. Otak fresh, mood happy je.. kat office pun tak de ngantuk.. 

Korang tak percaya?? cubalah.. malam ni try ..

Selamat Beramal Sebelum Tidur ..

Moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. :)

ps: jgn sebelum cukup 33 kali korang dan zzzzz juga ye.. :)
tapi takpe..at least kita dah cuba yang terbaik.. ye tak?



22 comments:

  1. TQ for sharing cik da...fatimah tuh nama anak dara ai gak..Fatimah Az-Zahrah..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Oh..yang ini ke di katakan tasbih fatimah..JM hanya amalkan selepas solat waktu je..pastu sblm tdur JM amalkan seperti Cik Da cakap tu..mmg betul bangun pagi sebelum subuh tapi tak mengantuk...

    Terima kasih kongsi info bermanfaat ni..leh kita amalkan sama..selamat beramal :-)

    ReplyDelete
  3. Makchaq baca lepas sembahyang.. nak kena buat sebelum tiduq la pulak....

    ReplyDelete
  4. Saya memang amalkan baca subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar 33 kali sebelum tidur, cuma tak tau pula ia dinamakan tasbih Fatimah. Saya amalkannya bagi mengelakkan tidur malam diganggu mimpi2 tidak elok...Cuma masalahnya, kadang2 belum habis 33 kali baca, mata dah belayar entah ke mana....

    ReplyDelete
  5. Oke. Nak cuba la mlm ni, insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  6. Nak amalkan lah. Tq cikda atas perkingsian ni.

    ReplyDelete
  7. TQ sharing ilmu ni..InsyaAllah boleh kita amalkan sama2...:)

    ReplyDelete
  8. pernah dengar dulu..tapi tak amalkan dah.. nak kena amalkan ni.. tq cikda!

    ReplyDelete
  9. Ye tasbih ini dinamakan sempena nama saidatina fatimah anakanda baginda rasulullah. Boleh juga dibaca sekali harung subhanallah-walhamdulillah- walailahaillallah... allhuakbar ulang-ulang sedaya termampu tak kiralah sewaktu hendak tidur atau zikir harian selepas solat 5 waktu.

    ReplyDelete
  10. In Shaa Allah akan diamalkan selalu, tq berkongsi yer

    ReplyDelete
  11. TQ Cikda atas tazkirah ini..
    Saya selalu lalai..kekadang teros lelap aja sebab ngantuk sangat..
    hihihi

    ReplyDelete
  12. tqs cikda... terkadang terlelap sebelum sepatutnya...

    ReplyDelete
  13. Bgaus ni, nanti nak cuba. esok ada kekuatan insyallah.

    ReplyDelete
  14. Bagus ni, nanti nak cuba. esok ada kekuatan insyallah.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kongsi info. Nanti kak Zai nak cuba.

    ReplyDelete
  16. mmg amalkan tasbih ni setiap kali tidur... Alhamdulillah... moga jadi amalan sampai bila2.

    ReplyDelete
  17. Tqvm cikda, saya amalkan. Terima kasih dan lupa pulak salam kenal.

    ReplyDelete
  18. salam

    jom singgah blog saya. saya orang baharu dalam dunia blog ini. sempena pembukaan blog saya. pelbagai hadiah menarik saya sediakan. siapa cepat dia dapat. cepat sebelum terlambat www.detikilham.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. thank you for sharing sis...boleh saya amalkan sebelum tidur :)

    ReplyDelete
  20. slm singgah jgk hari ni... moga semuanyer ok yer

    ReplyDelete
  21. assalam cikda...apa khabar....

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum...

    Perkongsian yang bagus suka sesangat. Entry yang memberi ilmu, dan sentiasa bermanfaat..

    mselim3

    ReplyDelete