Tuesday, September 2, 2014

Allah duga Allah sayang

salam semua,

lum terlambat cikda nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat kita semua warganegara Malaysia. Dalam kita menyambut merdeka nih, cikda terkenang dugaan Malaysia sepanjang tahun 2014 ni walaupun 2014 lom pergi meninggalkan kita tapi dah macam2 warna dan sejarah dan terukir bagi Malaysia.

tahun 2014 ni memang tahun dugaan bagi Malaysia. yelah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

cikda juga nak ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa MH370 yang masih hilang dan MH17 yang telah pergi buat selama-lamanya.

Cuti Merdeka cikda ambil kesempatan balik kampung kebetulan ada majlis kenduri kahwin saudara sebelah suami cikda.

Semalam cikda ke Shah Alam rumah adik ipar cikda yang baru kehilangan cahaya mata ke4 sejurus selepas melahirkan. Adik ipar cikda ni sebaya umurnya dengan cikda, tapi dia lebih pandai dan berjaya dari cikda. (bukan cemburu tapi tumpang gembira dengan kejayaan adik ipar cikda nih.)  Cikda juga tak le rapat sangat dengan adik ipar cikda yang seorang nih. dia memang seorang yang pendiam..tapi tula.. diam-diam dia berisi.. cikda ni ibarat tin kosong la pulak.. tong tang ting tang.. habuk pun tarak...Cikda sebenarnya kagum dengan ketabahan adik ipar cikda nih menghadapi dugaan. Dia sefamily nampak cool je tapi cikda tau dalam hati dia dan masa2 sunyi dia pasti dia rasa sedih.

Cikda terkilan sedikit sebab Cikda tak ambil kesempatan berbual lama dengan adik ipar cikda ni. Sebab cikda percaya walau sependiam mana orang itu, seperahsia mana seorang itu adakalanya dia juga perlu berbual2 tak kira berbual tajuk apa pun, lagi la sekali sekala jumpa kan..

ntah.. sebenarnya Cikda takut adik ipar cikda rasa terganggu dan tak suka ditanya soalan2 standard yang biasa terpacul bila berjumpa.. lagi pulak sebelum nih kami memang jarang berbual.. (sebab apa ye.. err.. dia memang pendiam.. hahhaha.. tu le alasannya. lagi pulak memang jarang berjumpa) lain la kalau adik beradik sendiri yang memang tak de segan apa pun nak kongsi masalah, rasa sedih dan sebagainya.. kannn???? kalau adik beradik sendiri tak berkongsi masalah tu .. lain pulak bunyiknya.

cuma cikda harap adik ipar cikda tu tau cikda tumpang bersedih dengan ujiannya itu. Anak yang diambil Allah tu akan menjadi pembela ibunya untuk masuk syurga tanpa hisap. Alangkah bertuahnya kan.. ujian Allah pasti ada hikmah yang kita tak tahu.

sekali lagi cikda pesan.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.




18 comments:

  1. Semoga mereka tabah dengan dugaan itu...

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberinya ujian dengan sesuatu hikmah di depannya.
    Kesian juga menjadi orang pendiam.... orang lain juga akan berdiam diri dengannya yang akan menambahkan lagi sifat kependiamannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya lebih risau dia yang tak selesa JR tapi tu la.. serba salah dibuatnya

      Delete
  3. Salam takziah buat adik ipar cikda tu..Moga dia tabah dgn ujian ini..

    Negara kita pun, sepanjang 2014 ni mmg hadapi pelbagai ujian...harap kita sama2 muhasabah diri kita...saling ingat mengingatkan

    ReplyDelete
  4. Ya Allah. Moga allah gantikan dengan yg lebih baik selepas itu kan.

    ReplyDelete
  5. Yelah Cikda siapa pun terasa sedih walau tahu hikmahnya di akhirat kelak.
    Moga ipar Cikda itu tabah dan redha dgn ujian Allah ini.

    Takziah dari kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. kadang bila tipis iman tertanya2 pulak. nauzubillahiminzalik..

      terima kasih kak..

      Delete
  6. moga adik ipar cikda tabah..redha.. sungguh kite sedih, yg menghadapi lg sedih..

    ReplyDelete
  7. Hai..hai..Cikda kembali bersiaran nampaknya hikss.berat betul dugaannya selama 9 bulan kandunga dan pengakhiranya begitu...tak pe lah walaupun Cikda x byk berbual dgn adik ipar tu maybe dia sedang bersedih pastu pendiam pulak bila keadaan jadi mcm tu mmg agak susah kaalau nk di ajak berbual kan..harap2 beliau tabah..Al-Fatihah kepada anaknya..salam takziah

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

    ReplyDelete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. Выбирай: секс проститутки Одессы ххх5
    Милая и очень сексуальная блондинка приглашает по шалить Женщина по существу своему неуживчива как кошка, насколько бы миролюбивой она ни выглядела.

    ReplyDelete