Monday, July 30, 2012

alhamdulillah..

alhamdulillah..dah masuk hari yang ke-10 ramadhan dah hari ini.. cik ida dapat jugak menunaikan ibadah puasa seperti biasa walaupun ini pertama kali berpuasa semasa mengandung. Rezeki Allah nak bagi melimpah ruah tahun ni dan tahun sebelumnya.. tak pernak pulak tersangka akan dapat baby dalam usia hampir menjangkau 40 tahun ni.


dulu masa muda ingat sebelum 35 tahun nak tutup kilang dah.. hehhe tapi mana le boleh diplan gitu ek.. operasi kerja masih berjalan, pekerja ada.. mana boleh takde produktivi. kih3x.. (amboi terober pulak bulan posa nih..)


last cik ida mengandung tahun 2004. dah hampir 8 tahun dah.. lupa segala skil2 dan amalan semasa mengandung. kena prepare mcm mengandung anak pertama pulak. sebelum nih check up semua buat kat klinik swasta..(yela..masa tu murah lagik kosnya..) kali ni ingat nak le jugak check up kat swasta, sekali masuk kandungan 4 bulan - doktor bgtau tekanan darah naik..gula naik.. kena refer klinik kerajaan. alahai.. (tak pe semua yg berlaku ada hikmahnya)


sekali pergi klinik kerajaan baru tau..mcm2 procedure yg selama ni mengandung tak pernah dibuat. dah 3 kali beranak tapi tak pernah tahu HB punya la rendah sampai doktor kata talasemia. mula2 doktor ingat anemia.. mcm2 ujian darah dibuatnya sampai lengan dah jadik mcm penagih dadah dah..


hilang kes darah tinggi, gula tinggi - sebab cik ida control on diet n tipu2 sikit result BSP ..(hehehe..jgn kasi tau org..) timbul pulak kes kurang darah.. mcm2 doktor pesan makan kerang, makan ikan, makan sayur.. (antaranya sayur bayam..)


bacaan HB -
  • masa 22 minggu -  bacaan HB 7.6
  • masa 24 minggu -  bacaan HB 8.7
  • masa 28 minggu -  bacaan HB 8.8
yang bestnya..sebelum ni tak pernah kisah pun apa kebenda HB tu.. bila dah tau ni baru lah paham.. :)

kisah talasemia nih timbul sejak 8 tahun lalu bila adik cik ida yang bongsu melahirkan anaknya yg pertama. dia check up kat klinik kerajaan, jadi semua depa check. masa tu saing2 la cik ida pun mengandung jugak.. dia kata dia ada talasemia. cik ida kata takde pun..doktor tak kata apa,,cik ida gelakkan dia sebab semua adik beradik tak de.."agaknya ko ni anak angkat tak fara"... hahaha sesedap rasa jek cik ida kutuk adik cik ida tu.. alhamdulillah kami berdua selamat bersalin. adik cik ida bersalin 27 Julai 2004 dan cik ida pada 3 September 2004.

lagi seminggu doktor nak tgk lagi HB cik ida.. skang ni tgh pulun makan bayam hari2..ikan, kerang.. opsss tapi kuantiti nasi kena kurangkan.. :)

semoga resultnya ok.. kalau tidak kena buat blood tranfusion.. oh tidakkk... 





4 comments:

  1. Tak sabaq makchaq nak tengok baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. saya lagi la tak sabar.. kih3x..

      Delete
  2. waaa , , bestnya nak dapat baby . . sure teruja sangatkan ? hehe tahniah ! jge diri elok-ii eap sis . . btw , bw di sini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..best sgt gegual oii.. hehhe.. tak sangka dah ujung2 nih ada pulak terlekat sorang.. :p. wpun mcm2 masalah tapi cik ida harungi jua...chewahhh

      gugual punya blog memang meriah lah.. :)

      Delete