Tuesday, September 2, 2014

Allah duga Allah sayang

salam semua,

lum terlambat cikda nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat kita semua warganegara Malaysia. Dalam kita menyambut merdeka nih, cikda terkenang dugaan Malaysia sepanjang tahun 2014 ni walaupun 2014 lom pergi meninggalkan kita tapi dah macam2 warna dan sejarah dan terukir bagi Malaysia.

tahun 2014 ni memang tahun dugaan bagi Malaysia. yelah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

cikda juga nak ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa MH370 yang masih hilang dan MH17 yang telah pergi buat selama-lamanya.

Cuti Merdeka cikda ambil kesempatan balik kampung kebetulan ada majlis kenduri kahwin saudara sebelah suami cikda.

Semalam cikda ke Shah Alam rumah adik ipar cikda yang baru kehilangan cahaya mata ke4 sejurus selepas melahirkan. Adik ipar cikda ni sebaya umurnya dengan cikda, tapi dia lebih pandai dan berjaya dari cikda. (bukan cemburu tapi tumpang gembira dengan kejayaan adik ipar cikda nih.)  Cikda juga tak le rapat sangat dengan adik ipar cikda yang seorang nih. dia memang seorang yang pendiam..tapi tula.. diam-diam dia berisi.. cikda ni ibarat tin kosong la pulak.. tong tang ting tang.. habuk pun tarak...Cikda sebenarnya kagum dengan ketabahan adik ipar cikda nih menghadapi dugaan. Dia sefamily nampak cool je tapi cikda tau dalam hati dia dan masa2 sunyi dia pasti dia rasa sedih.

Cikda terkilan sedikit sebab Cikda tak ambil kesempatan berbual lama dengan adik ipar cikda ni. Sebab cikda percaya walau sependiam mana orang itu, seperahsia mana seorang itu adakalanya dia juga perlu berbual2 tak kira berbual tajuk apa pun, lagi la sekali sekala jumpa kan..

ntah.. sebenarnya Cikda takut adik ipar cikda rasa terganggu dan tak suka ditanya soalan2 standard yang biasa terpacul bila berjumpa.. lagi pulak sebelum nih kami memang jarang berbual.. (sebab apa ye.. err.. dia memang pendiam.. hahhaha.. tu le alasannya. lagi pulak memang jarang berjumpa) lain la kalau adik beradik sendiri yang memang tak de segan apa pun nak kongsi masalah, rasa sedih dan sebagainya.. kannn???? kalau adik beradik sendiri tak berkongsi masalah tu .. lain pulak bunyiknya.

cuma cikda harap adik ipar cikda tu tau cikda tumpang bersedih dengan ujiannya itu. Anak yang diambil Allah tu akan menjadi pembela ibunya untuk masuk syurga tanpa hisap. Alangkah bertuahnya kan.. ujian Allah pasti ada hikmah yang kita tak tahu.

sekali lagi cikda pesan.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.