Tuesday, June 18, 2013

pemeriksaan audit meja

salam semua ..

cikda rasa surat dari "pihak ini" adalah sangat tak best bila ..


aku insan terpilih..

dan .. berikut adalah senarai yang diminta sebagai bukti

oke..takpe kita ikut prosedur ..
tapi..masalahnya ..

cikda mana le simpan semua resit belian buku dan majalah tahun lepas.. minggu lepas punya resit beli buku pun dah tak ingat mana letak.. resit beli komputer tu pun satu hal.. beli kat carrefour je. Bil langganan broadband pun satu hal.. cikda memang tak simpan.

masa duk isi borang BE ari tu kira lebih kurang je ikut bayaran bulanan. tak terpikir pun ''pihak ini" nak minta bukti2 seperti yang diminta, sebab tahun2 lepas cikda semangat simpan semua resit bagai.. tak pernah pulak kena minta. lagi kena bayar tambahan lagi ada walaupun ada lebihan bayaran cukai dari pihak cikda.. tup2 tahun ni walaupun penyata menunjukkan ada lebihan bayaran - dan cikda dah dapat pun - selesai pun duit tu cikda kerja kan (dalam 2k) yelah..duit dalam bank kena la gunakan..kan..kan..kan..

lagi satu yang memang cikda tak boleh nak bagi sebab cikda pindah rumah tahun lepas..mana cikda letak resit2 tu memang le tak ingat.. camne..???


nak sedapkan hati cikda - paktip kata "paling teruk pun kena bayo balik.." itu tak pe lagi.. paling sadis dia sambung.. "dan denda.."

huwa... kijam tau..!!!


cikda akan telefon pegawai "pihak ini" jelaskan segalanya, cikda akan hantar mana yang ada dan terpulanglah kalau dia nak terima alasan cikda tu..

doakanlah cikda dipermudahkan dalam urusan ni ye..

Wednesday, June 12, 2013

rojak petis

salam semua..

wordless wednesday...

rojak petis - nyumm..nyummm

Ini kegemaran cikda ... 

kat mana cikda selalu pekena.. ??
kat sini.. warung June

Paktir bagitau tuan punya warung ini dahulunya meniaga kat bus stand Muar/Batu Pahat. Bus stand Muar kan ada 2 dulu.. satu bus stand Pagoh.

haaaa.. Masa cikda muda remaja dulu.. balik sekolah, cikda selalu pekena rojak petis dengan abc kat bus stand Muar. aduuuuuuhhh..... kenyang seh...!!!

skang Rojak Petis tu dah pindah ke Tangkak - Jalan Solok.

ok babai .. :)


Monday, June 10, 2013

Jom beli..

salam semua..
cikda pagi ni tah apa kena teruja pulak nak joint satu contest .. 
cer tengok..

Lawati untuk pelbagai info menarik mengenai :
1) Set Breastfeeding

2) Set Kesuburan

3) Set Kecantikan

4) Set Ibu Mengandung

5) Set Bersalin

Info lucky draw : http://www.belognia.com/2013/06/lucky-draw-contest.html
Mana2 kawan yang terjah blog cikda ni boleh le try jugak..(mana tau kot2 menang.. )

cikda bukan apa.. cikda jugak consume shaklee ni.. hehehhe... :)

Friday, June 7, 2013

dari hati turun ke jari ..

salam semua..


lama tak berblog nak tau salah siapa..??? haa.. baca sampai habis n3 ni.. hihihi.. (org kata tak kenal maka tak cinta..). N3 kali ni ala-ala sesi orientasi la..hahahha... sesi kenal mengenal antara blogger. 

Cikda ditag oleh Kakzakie . Terima kasih atas ingatan kak..kiranya cikda ni antara insan terpilih lah kan..(hahaha masuk bakul..). 

tak yah tulis panjang2.. jom layan terus soalan2 di bawah..
 
 Few Rules Need to be followed: -


1.      Post this rules.
2.      Write 11 things about yourself.
3.      Answer the question the tagger set for you.
4.      Create 11 new questions for those you want to tag.
5.      Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post.
6.      You are not allow to tag back.

Tugasan Pertama : tulis sebelas tentang diri sendiri.

No. 1
Cikda anak ke 5 dari 6 adik beradik (seibu sebapa) Masa umur cikda 13 tahun, arwah emak cikda pergi mengadap Ilahi. Umur cikda 17 tahun, arwah bak cikda kawin sekali lagi. Cikda ada adik dengan ibu baru - adik lelaki.. so 6 + 1 adik beradik cikda.. arwah bak cikda juga telah pergi mengadap Ilahi pada tahun 2006. Alfatehah buat keduanya. Mudah2an mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

psstt..cikda anak yatim piatu - jangan macam2 dengan cikda tau.. (aekkekeke..)

No. 2
cikda orang Muo. kawen pun dengan org muo. pernah merantau ke Sabah dan Johor (org muo bukan org Johor hehehhe.. Johor dirujuk sebagai JB)  

No.3
masa kecik cikda banyak dihabiskan dengan menolong bak cikda meniaga kedai buku. cikda antara anak yang rajin tolong bak cikda kat kedai. (masuk bakul lagi..) antara sebabnya...jeng3. cikda boleh ambik upah cash setiap hari dan boleh berbelanja sakan dgn duit tu.. setiap hari pagi2 lepas subuh cikda akan ikut Paktir bukak kedai dan lipat surat khabar. abis itam semua tangan.. dah siap lipat, dalam pukul 7am bila pekerja kedai dah sampai..cikda yg berpakaian sekolah akan terus dihantar ke sekolah. begitu la setiap hari..alih2 dah masuk itm.. (tak ingat la tuh..)

No.4
sebelah kedai bak cikda tu ada kedai muzik.. jadi selalu dgr lagu2 popular masa tahun 90an tu free jela.. dan cikda selalu ciplak lagu dalam kaset. nak beli kaset ori tak mampu.. (soh kedai muzik tu buatkan. tapi yg paling kelako..kita bagi list lagu yang kita nak pada tokeh cina tu secara sembunyik2.. hahaha.. kira ala2 smuggle belacan la nih..) - sebenarnya ini antara sweet memory cikda ..

No.5
cikda budak nakal. tah macam mana ada rezeki pulak kawen dgn mamat skema dan baik..kekekke.. (org kata pasangan tu kan pelengkap diri kita kan..) hahhaha . cikda kawen di usia muda..22 tahun dan dapat anak pertama umur 23 tahun. (nampak tak nakal nya disitu...hahhaha..)

No.6
cikda bugis kawen dengan jawa ..(walaupun jawa tapi cikda lagi terror cakap jawa dari paktip suami cikda tu..hahahha) 

No.7
cikda - bugis yang hanya tahu cakap mandre .. mandre saja.. 

No.8
tahun lepas cikda dikurniakan seorang anak perempuan yang cikda tak sangka dan jangka kedatangannya pada tahun2 sebelumnya. 

No.9
cikda setakat ini ada 4 org cahayamata - Anip, Hannah, Ayis dan Aisyah.

No.10
cikda suka main games.. dari kecik cikda main games n watch, atari, sega.. dan skang nih cikda tgh leka main CANDY CRUSH SAGA. (ini le penyebab utama cikda dah lama tak berblog..- meh kita salahkan CANDY CRUSH SAGA ) - cikda baru level 125. stuck 3 hari dah.. :(

No.11
cikda hanya beli hpon yg boleh download games banyak2..cikda x suka tuko2 hpon..hanya beli hpon baru bila hpon lama hilang atau masuk mesin basuh.. huwaaaa..!!!!

 

Tugasan kedua. Ada sebelas soalan yang perlu di jawab ekoran tag dari Kakzakie
  
Apa yang membuat anda berblog? 
bila perasaan membuak2 nak share perkara yang kita suka dengan orang lain.. 

Apa keindahan berblog yang anda rasa?
bila berblog cikda rasa dapat kongsikan apa yang kita rasa secara ikhlas. takde niat nak menunjuk2. pengalaman yang kita x dapat kat mana majalah, buku ..lagi percuma apa.. Kita tak kenal pada pembaca blog kita jadi pada cikda takde la apa-apa motif yg tak baik kan..  

Waktu bila anda berblog?
tak tentu.. cikda akan buat n3 bila ada kawan2 datang menjengah blog cikda..(rindu la tu..) dan bila cikda dah bosan main games.. 

N3 bagaimana pilihan anda?
ikut mood cikda.. kalau mood nak berjalan tu..cikda seach la mana2 blog yg cerita pasal jalan2. kalau mood nak makan..tgk la blog yg rajin citer pasal makan, kalau terinsaf pulak, bukak blog2 agama.. semua N3 pun cikda layan... 

Sejauh mana eratnya teman-teman blog anda?
cikda perasan la.. cikda ni kan main terjah je menyapa org kat alam maya nih.. bila menyapa tu rasa macam dah kenal lama.. hahaha.. (perasan lagi..)

Mana keutamaan anda -  blog/FB/Twitter atau yang seangkatan..
FB sebab senang ada di tangan. twitter pun cikda rajin layan. eh.. blog pun.. sebenarnya cikda ni bila layan FB..cikda akan layannnnn FB sampai bosan. (so far lom pernah bosan sebab ada games..hahahaha.. cikda layan twitter n blog bila dah penat main games.. )

Pengisian blog yang bagaimana pilihan anda?
1. motivasi - pada cikda semua blogger adalah pakar motivasi.. betul x?
2. santai je la.. tak yah le yg berat2..

Anda lapar, tidak sihat tetapi masih duduk mengadap blog mengapa?
mana ada... cikda kalau x lapar pun sibuk carik makanan..mana ada ngadap PC? lagi kalau x sihat. cikda mesti carik bantal.. (sebab lepas makan obat cikda mesti tido..Zzzzzz..)

Apa jadi kalau semua ahli keluarga anda berblog?
kena pikir secara serius pulak macam mana nak kaya dengan berblog..

Apa tindakan bila terasa malas untuk berblog?
biarkan jelah.. hahahha... mcm kerja sendiri kan..sendiri jadi bos sendiri kuli. 

Bila hendak berhenti berblog?
bila "biarkan jelah" tu jadi tabiat 44 hari.. (kot la..) 



Tugasan Ketiga - soalan yang cikda nak tanya ..
  1. Bila anda mula berblog? 
  2. Apa perasaan anda ditag?
  3. Ambil masa berapa lama nak buat satu N3?
  4. Sekerap mana anda buat N3? 1 hari sekali? 1 minggu sekali? sebulan sekali? sebelum atau selepas makan?
  5. Apa yang bermain di fikiran anda bila anda buat N3?
  6. Suka tak ada iklan2 yang menghiasi blog kawan2 anda?
  7. Adakah anda klik pada setiap iklan di blog kawan2 anda tu?
  8. Ada tak manfaat yang anda dapat dengan berblog? ceritalah manfaat tu ye.. :)
  9. N3 bagaimana pilihan anda?
  10. Adakah anda share apa yang anda baca dengan ahli keluarga anda?
  11. Adakah anda suka baca blog cikda? (ini soalan bonus..) hahahaha..

Sekarang tugasan terakhir tag 11 teman. Tidak sesekali memaksa sekadar suka-suka dan memenuhi syarat diberikan. (ini ayat Kakzakie..cikda copy je hihihih...)
  1. aizamia3
  2. Aziela
  3. Kesuma Angsana
  4. makchaq
  5. adzairdawati makdara
  6. BUNDA aka K.N
  7. cik dah faridah
  8. Rai Ourkizuna
  9. jarimanis
  10. Liza Razak
  11. mama aryan
Selamat berkenalan..!!