Monday, July 30, 2012

alhamdulillah..

alhamdulillah..dah masuk hari yang ke-10 ramadhan dah hari ini.. cik ida dapat jugak menunaikan ibadah puasa seperti biasa walaupun ini pertama kali berpuasa semasa mengandung. Rezeki Allah nak bagi melimpah ruah tahun ni dan tahun sebelumnya.. tak pernak pulak tersangka akan dapat baby dalam usia hampir menjangkau 40 tahun ni.


dulu masa muda ingat sebelum 35 tahun nak tutup kilang dah.. hehhe tapi mana le boleh diplan gitu ek.. operasi kerja masih berjalan, pekerja ada.. mana boleh takde produktivi. kih3x.. (amboi terober pulak bulan posa nih..)


last cik ida mengandung tahun 2004. dah hampir 8 tahun dah.. lupa segala skil2 dan amalan semasa mengandung. kena prepare mcm mengandung anak pertama pulak. sebelum nih check up semua buat kat klinik swasta..(yela..masa tu murah lagik kosnya..) kali ni ingat nak le jugak check up kat swasta, sekali masuk kandungan 4 bulan - doktor bgtau tekanan darah naik..gula naik.. kena refer klinik kerajaan. alahai.. (tak pe semua yg berlaku ada hikmahnya)


sekali pergi klinik kerajaan baru tau..mcm2 procedure yg selama ni mengandung tak pernah dibuat. dah 3 kali beranak tapi tak pernah tahu HB punya la rendah sampai doktor kata talasemia. mula2 doktor ingat anemia.. mcm2 ujian darah dibuatnya sampai lengan dah jadik mcm penagih dadah dah..


hilang kes darah tinggi, gula tinggi - sebab cik ida control on diet n tipu2 sikit result BSP ..(hehehe..jgn kasi tau org..) timbul pulak kes kurang darah.. mcm2 doktor pesan makan kerang, makan ikan, makan sayur.. (antaranya sayur bayam..)


bacaan HB -
  • masa 22 minggu -  bacaan HB 7.6
  • masa 24 minggu -  bacaan HB 8.7
  • masa 28 minggu -  bacaan HB 8.8
yang bestnya..sebelum ni tak pernah kisah pun apa kebenda HB tu.. bila dah tau ni baru lah paham.. :)

kisah talasemia nih timbul sejak 8 tahun lalu bila adik cik ida yang bongsu melahirkan anaknya yg pertama. dia check up kat klinik kerajaan, jadi semua depa check. masa tu saing2 la cik ida pun mengandung jugak.. dia kata dia ada talasemia. cik ida kata takde pun..doktor tak kata apa,,cik ida gelakkan dia sebab semua adik beradik tak de.."agaknya ko ni anak angkat tak fara"... hahaha sesedap rasa jek cik ida kutuk adik cik ida tu.. alhamdulillah kami berdua selamat bersalin. adik cik ida bersalin 27 Julai 2004 dan cik ida pada 3 September 2004.

lagi seminggu doktor nak tgk lagi HB cik ida.. skang ni tgh pulun makan bayam hari2..ikan, kerang.. opsss tapi kuantiti nasi kena kurangkan.. :)

semoga resultnya ok.. kalau tidak kena buat blood tranfusion.. oh tidakkk... 





Friday, July 27, 2012

Boleh ke..?

Org laen dah sampai ke bulan cik ida baru nak try test bikin blog sendiri..tu pun sebab teruja dengan member kamcing seopis yg dalam diam2 ada blog sendiri..cehh mana boleh ketinggalan kan..

nak jadi kisah bermula di suatu bulan Ramadhan..(ewah start la ayat puitis..) member cik ida ni rupa2nya dalam diam dia sudah ada blog sendiri yg punyai ramai follower. cik ida tau dia memang rajin bukak n baca blog2 dan kadang2 kami berkongsi jugaklah mana2 cerita kelako yg dia baca dlm blog2 tu..member kamcing la katakan.. tapi..tak kusangka tak ku duga..makcik tu ada blog sendiri rupanya..wahhh giler rajin .. dan yg paling cik ida tercabar..mana boleh dia ada aku tak ada..boleh gitu ..hahahaha..mesti kena sama.. kih3x... Oleh yang demikian maka hati ini teruja la jugak nak buat blog yg ntah apa-apa..tapi bila pikir2 kiranya blog ni mcm diary kita jugak la ekk.. eemm menarik jugak tu..

cik ida selama ni suka baca je blog org laen..kdg2 tinggalkan komen tapi selalunya tak sebab tak tahu nak tekan butang mana.. hahaha.. suka tgk gambo2 yg dishare dlm blog..tumpang gumbira dengan kegumbiraan org laen.. sedih jugak dengan kesedihan orang lain..

Bila kisah member cik ida ada blog sendiri maka dengan tak semena-mena dengan sekonyong-konyongnya (pernah dengar tak perkataan ni.??) datanglah semangat (tak tau la bertahan lama ke tidak..atau pun terus giler nak jadik blogger tegar..hahaha) nak buat entry sendiri..

mari kita lihat siapa yang kena... ;)